Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida August 7, 2018 @ 9:36am

Tiket Penerbangan, Hiburan Antara Yang Dikenakan SST?

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bercadang mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas tiket penerbangan domestik tidak termasuk kawasan luar bandar, hiburan (gaming), perkhidmatan teknologi maklumat (IT) dan elektrik.

Bercakap tentang hal ini, Penolong Kanan Pengarah Kastam Bahagian SST Kuching, Noelle Lily Ronald Morse memberi contoh tiket penerbangan dari Miri ke Mukah tidak akan dikenakan SST namun penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur akan tertakluk cukai itu.

Bagi hiburan (gaming) pula, SST sebanyak enam peratus akan dikenakan di kasino, perjudian menggunakan mesin dan pembelian tiket loteri.

Katanya, SST juga akan dikenakan terhadap pembelian peralatan komputer dan elektrik yang penggunaan elektriknya melebihi 600 Kw.

Di samping itu, beliau berkata sektor makanan turut didaftarkan dengan sistem SST sekiranya pendapatan pengusaha melebihi RM500,000 setahun termasuk peniaga kendera saji.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Paddy Abd Halim yang turut hadir menyampaikan taklimat, berkata program tersebut akan diadakan secara berterusan di seluruh negara bagi memberi pendedahan kepada pihak industri berhubung pelaksanaan SST.

“Program ini juga memberi pendedahan kepada kakitangan jabatan persekutuan mahupun negeri serta agensi-agensi berkaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang akan ada hubung kait dengan layanan SST,” katanya.

Pelaksanaan SST 2.0 adalah untuk menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan pada 1 April 2015 dan kini dalam proses pemansuhan di Dewan Rakyat.

SST 2.0 dijadualkan diperkenalkan pada 1 Sept tahun ini dan mekanismenya serta undang-undang mengenainya akan dibentangkan untuk diluluskan di Dewan Rakyat yang sedang bersidang. -Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 19 Dec 2018

Burung Kakak Tua ‘Nakal’, Pesan Makanan

Burung Kakak Tua ‘Nakal’, Pesan Makanan Melalui Peranti Alexa Semasa Tuannya Keluar Rumah

Hiburan Thu, 13 Mar 2025
Selebriti Tue, 6 Jun 2023
Trending Tue, 2 Jul 2019

Pemandu Lori Maut Di Kawasan Perindustrian Mengkibol Kluang

Kecederaan agak parah di bahagian muka dan kepala serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Catat Sejarah Tersendiri, Mini Album DOLLA Dalam Bentuk Cakera Padat Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam

Mengambil langkah berani untuk melancarkan mini album dalam bentuk cakera padat (CD), percaturan DOLLA berbaloi selepas 1,000 unit album berjudul DOLLA: Mini Album itu habis terjual dalam tempoh 24 jam sejurus dilancarkan baru-baru ini. Menariknya, […]

error: Content is protected !!