Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin May 8, 2019 @ 5:02pm

Benarkah puting membuat anak anda menjadi jongang? Ini jawapannya

OlehSyarifah Fatin Anisa

Bayi dan kanak-kanak mempunyai tabiat mereka yang tersendiri, ada yang suka menghisap puting, ada juga yang suka menghisap jari.

Ada pendapat mengatakan kanak-kanak yang suka menghisap jari, tanda si kecil akan menjadi anak yang baik, tetapi  seperti ibu bapa lain, anda pasti akan berasa bimbang akan kesan jangka panjangnya. 

Lebih-lebih lagi jika si kecil gemar menghisap puting sehingga berusia empat, lima tahun!

Menurut kajian Persatuan Pergigian Amerika, menghisap puting secara berterusan akan menyebabkan gigi tumbuh secara tidak teratur.

Kajian berkenaan mendapati apabila kanak-kanak menghisap puting, perbuatan itu memberikan keselesaan dan kenyamanan dalam situasi yang dirasakan sukar, selain dikatakan dapat membantu mereka untuk tidur dengan lena.

Hal itu menyebabkan ramai kanak-kanak yang terus menghisap puting walaupun sudah mencecah usia empat atau lima tahun.

Bagaimanapun, perbuatan itu didapati boleh membuatkan gigi anak anda menjadi jongang! Dalam erti kata lain, tidak teratur.

Keadaan ini disebabkan oleh struktur gusi yang masih lembut dan belum utuh, sekali gus boleh menyebabkan kedudukan gigi berubah bentuk.

Contohnya, apabila si kecil menghisap ibu jari atau puting, lama kelamaan kedudukan puting dalam mulut akan menyebabkan gigi tertolak ke hadapan.

Jika anda masih buntu memikirkan cara untuk menghentikan tabiat anak anda itu, cuba cara berikut!

Foto: mamaia.gr

Berikan pujian

Daripada menegah perbuatan mereka, apa kata anda cuba pula dengan memberikan pujian apabila mereka tidak melakukannya.

Secara psikologinya, kanak-kanak akan lebih mendengar kata apabila tidak dimarahi.

Bina keyakinan

Kanak-kanak biasanya akan menghisap jari apabila berasa tidak selamat.

Oleh itu, fokuskan pada cara-cara yang boleh membina keyakinan dan cara anda mendidik.

Foto: picdeer.com

Beri ganjaran

Beri hadiah apabila mereka berhenti melakukannya.

Perhatikan corak tabiat mereka. Jika mereka kurang melakukannya, berikan hadiah yang setimpal dengan usaha.

Guna petua orang-orang tua

Letakkan garam pada puting atau ibu jari mereka.

Jika ia tidak lagi mempunyai rasa yang disukai mereka, sudah tentu tabiat itu akan dihentikan serta-merta!

Kaedah ini haruslah dilakukan secara berterusan kerana tabiat mereka mungkin akan kembali. Sebagai ibu bapa, anda haruslah bijak dalam memainkan peranan dalam menghentikannya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Nov 2024

“Saya Bangga Dengan Mereka Walaupun Lebih Berpengalaman” – Aedy Ashraf

Aedy Ashraf mengaku komitmen serta disiplin yang ditunjukkan pelakon baru wajar diberi pujian

Featured Mon, 5 Dec 2022
Featured Mon, 19 Jul 2021

Warga Selangor & KL Boleh ‘Walk In’ Vaksin Bermula 1 Ogos, Tapi Hanya Untuk….

Kerajaan mengumumkan mana-mana warga Selangor dan Kuala Lumpur yang belum mendapat janji temu vaksinasi serta golongan tercicir boleh mendapatkannya secara terus di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula 1 Ogos. Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), […]

Featured Wed, 27 Oct 2021
Featured Tue, 27 Sep 2022

“Terdesak Sangat Ke Sis Nak Famous?” – Wanita ini Dikecam Gara-Gara ‘Claim’ Pernah Jadi Bekas Kekasih Ryan Bakery

Serius lah akak? Akak bekas girlfriend Ryan Bakery eh???💁‍♀️💁‍♀️💁‍♀️

Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

11 Tahun Tunggu Zuriat Kedua, Oktovia Manrose Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Pelakon Oktovia Manrose selamat melahirkan bayi perempuan pada 6 Disember lalu. Perkongsian tersebut telah dimuat naik sendiri oleh Oktovia atau nama sebenar Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman di laman Instagramnya dengan kapsyen yang cukup […]

error: Content is protected !!