Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 27, 2022 @ 6:31pm

“Terdesak Sangat Ke Sis Nak Famous?” – Wanita ini Dikecam Gara-Gara ‘Claim’ Pernah Jadi Bekas Kekasih Ryan Bakery

Baru-baru ini nama Ryan Bakery sekali lagi menjadi sebutan gara-gara dirinya terkait dengan seorang wanita yang mendakwa dia adalah bekas kekasih kepada pempengaruh media sosial itu.

Menerusi perkongsian di TikTok milik seorang individu yang dikenali sebagai @yayaketuuu, beliau dilihat berkongsi semula hantaran video yang telah dimuat naik oleh individu wanita bernama @sofeanaqimummy yang mendakwa dia adalah bekas kekasih Ryan Bakery.

Ini kerana, wanita terbabit sempat menunjukkan gambar berukuran pasport milik Ryan dan mengatakan individu dalam gambar tersebut adalah bekas kekasihnya.

@yayaketuuu terdesak sangat ke sis nak famous? respect la sikit dia tu tunang orang. pelik eh perempuan sekarang #ryanbakery #fyp #fypシ #fypage #fypdongggggggg #fypシ゚viral @𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮 ♬ original sound – 👍 – yana

 

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, video asal tersebut telahpun dipadam oleh individu wanita terbabit.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat bahawa tindakan wanita berkenaan diibaratkan seperti dahagakan perhatian memandangkan Ryan Bakery kini semakin dikenali.

Sementara itu, Ryan Bakery juga turut meninggalkan komen balas menerusi video berkenaan bagi menjawab pertanyaan gadis di dalam video itu sama ada mengenalinya lagi ataupun tidak.

Sehingga kini, video tersebut telahpun di tonton lebih 800,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Ahad lalu.

 

Sumber: TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Dec 2021
Featured Sat, 22 Oct 2022

[VIDEO] Peminat Teruja Puteri Balqis Akhirnya Buka Ruangan Komen, Ambil Peluang Kongsi Kata Semangat!

Terharunya min baca komen-komen peminat Aqishhh ❤️❤️❤️ Betullah Aqish jarang buka komen, bila ada peluang tu apa lagi kannn hehe sweet je semuaa!

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

时隔9年再发片 方泂鑌“我不是神”

时隔9年再发片的方泂镔,日前带着新专辑《我不是神》回马宣传;重返乐坛的他,改名为方『泂』镔,并在记者会上自嘲有新人出道的感觉。

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

Kenangan Raya Zaman Kecil Jadi Inspirasi Lagu Raya Pertama Zazzleen Zulkafli Berjudul ‘Raya Datang Lagi’

Zazzleen Zulkafli tampil dengan lagu raya berjudul Raya Datang Lagi yang diinspirasikan daripada kenangan manis sambutan Aidilfitri ketika zaman kanak-kanaknya.

Trending Wed, 4 Jul 2018

《迪士尼童话》王子公主「幸福地活到老」

迪士尼的王子和公主们结婚后,大家都知道,接下来便是幸福快乐过完一生。但是承诺携手到老的他们,究竟成了什么样子呢?

Featured Sat, 24 Aug 2024
error: Content is protected !!