Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops August 11, 2018 @ 10:00am

“Tiada Hubungan Istimewa Bersama Puteri” – Faisal

Kalau dulu Puteri Aishah, mengeluarkan statement tentang hubungan beliau bersama tokoh korporat ini, kali ini Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin pula bersuara bahawa mereka hanya sekadar kawan biasa sahaja.

Terdahulu, tindakan Faisal memuat naik gambar dan video bersama pelakon drama, Lelaki Itu Pemilik Hatiku, itu di akaun Instagram miliknya telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun, Faisal menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa mereka tidak menjalinkan hubungan istimewa bersama Puteri.

“Saya mengenalinya (Puteri Aishah) menerusi sepupu saya yang kebetulan berasal dari negeri sama dengannya, iaitu Negeri Sembilan.

“Tiada hubungan istimewa antara kami, sebaliknya antara saya dan dia hanyalah kawan biasa.” Katanya kepada BH Online.

Sempat disoal reaksinya mengenai filem arahan Kabir Bhatia, Pulang yang dilakonkan oleh Puteri Aishah, Faisal kagum dengan hasil kerja pelakon itu.

“Ya, saya sudah menonton filem Pulang dan lakonannya sangat bagus. Saya amat bangga dengannya dan sebagai teman, saya sangat menyokong kerjayanya.” Katanya yang tutur hadir pada majlis tayangan episod akhir drama bersiri Jangan Benci Cintaku bersama peminat di Ecoworld Gallery @ Eco Grandeur di Puncak Alam

Apa salahnya kalau hubungan mereka lebih dari sekadar teman rapat kan? Apapun, kita doakan yang baik-baik sahaja! 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Jan 2023
Featured Tue, 1 Oct 2024

“Per*gol Adalah Per*gol! B*doh Sangat Kepala Otak Korang Ni Kan” – Tiz Zaqyah Berang Ada Pihak Tak Sensitif Isu R*gol

Haih,berat ek isu ni! Pokok pangkalnya sekrang ni kita semua kena take care each other😡🔥

Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Mon, 7 Mar 2022
Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Hiburan Thu, 23 Nov 2023

“Izin & Restu Suami Itu Perlu” – Fattah Amin Tak Kongkong Isteri

Fattah Amin tak kongkong isteri, Nur Fazura.

error: Content is protected !!