Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops August 15, 2018 @ 5:51pm

Tidak Akan Patah Semangat, Risteena Nekad Maju Ke Hadapan

Setelah lima tahun berkecimpung dalam industri hiburan, nampaknya nama pelakon Risteena masih belum melonjak naik seperti rakan seperjuangannya yang lain.

Bukan kerana tidak memiliki bakat, malah dia antara artis yang dilihat mempunyai pakej menarik. Kalau diikutkan, pelakon itu telah membintangi lapan filem tempatan, namun masih ramai yang tidak mengenali dirinya. 

 

Walau bagaimanapun, Risteena atau nama penuhnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, tidak menjadikan perkara itu sebagai satu tekanan emosi. Dan, wanita ini tetap percaya dengan rezeki  kerana menurut pelakon Playboy Itu Suami Aku, beliau percaya apabila sudah tiba masanya nanti pasti rezeki beliau juga akan sama seperti adiknya, Ruhainies.

“Saya memang seorang yang percayakan konsep rezeki Ilahi. Ada sesetengah orang yang menyaksikan rezekinya cepat datang. Ada pula yang sentiasa saja ada rezekinya walaupun dia biasa-biasa saja.

“Saya tahu, populariti itu penting. Namun, saya tidak terdesak untuk mencipta pelbagai sensasi atau kontroversi hanya untuk menaikkan nama sendiri. Saya tidak percayakan cara sebegitu kerana saya tetap utamakan bakat dalam seni. Populariti pula jatuh ke tangga nombor dua.

“Apabila saya memasuki dunia seni, saya tidak melihat situasi nama kurang dikenali atau hebat seperti pelakon lain sebagai isu besar. Apa yang penting, tawaran kerja sentiasa ada dan ia pula memadai. Saya hanya mampu menjanjikan bakat yang ada dalam diri.” Katanya

Seringkali dibanding dengan adiknya sendiri,  Risteena menganggap itu bukanlah sesuatu hal yang membimbangkan kerana Tuhan sudah menentukan rezeki masing-maisng, begitu juga dengan adik beradiknya sendiri.

“Masing-masing sudah ditentukan rezeki mereka. Jadi, soal iri hati, mahu berdengki atau cemburu tidak pernah timbul. Malah, sebagai kakak saya gembira dengan apa yang dicapai Ruhainies.

“Saya harus bersikap positif dalam hal ini sekalipun rezeki saya mungkin ditentukan setakat itu saja. Saya cuba melihatnya dari sudut yang lebih baik. Bersama rezeki dikecapi inilah saya mampu membeli aset seperti kereta dan rumah, demi masa depan.

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

TERBAIK! Estranged Jual CD Bantu Perkampungan Di Sabah

Jom dapatkan CD single Milikku hari ini, sambil membeli boleh kita menderma!

Featured Thu, 29 Sep 2022
Selebriti Sun, 24 Mar 2024
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Kenapa Madonna Tak Izin Seluar Dalam Dilelong?

Namun pihaknya gagal dalam usahanya menghalang lelongan barangan peribadi miliknya termasuk surat putus cinta daripada legenda Rap, Tupac Shakur dan seluar dalam yang dipos kepada kekasihnya.

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Bertarung Dengan Kanser Ovari, Ibu Ubai MZ Meninggal Dunia

Al-fatihah.. Salam takziah Ubai sekeluarga 🥹

Hiburan Tue, 25 Dec 2018

#mentor7: ‘Ya, Saya Memang Kenal Datuk Syafinaz Sebelum Ini’ – Lazarul

Saya sedar ramai yang bertanyakan hal ini dan terbaca mengenainya di blog-blog hiburan.

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Chacha Maembong Mengaku Dirinya Memang Liar!

Chacha berharap peminatnya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kerjaya dan hidupnya. Walaupun sering dikecam, Chacha juga bersyukur kerana peminat masih menerimanya dalam dunia hiburan tanah air. Tanpa peminat, Chacha takkan mampu pergi sejauh ini.

error: Content is protected !!