Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 16, 2018 @ 1:42pm

Wow…Tiket Konsert Hujan X Kugiran Masdo Laku Macam Goreng Pisang Panas!

Peminat kumpulan Hujan dan Kugiran Masdo, ayuh siap sedia ke MAEPS Serdang pada 6 Oktober depan!

Ini kerana, dua kumpulan ini bakal bergabung di sebuah pentas sama dalam konsert berskala besar. 

Menariknya, ini merupakan kolaborasi pertama mereka di mana konsep ‘battle of the bands’ akan dipersembahkan di pentas itu nanti.

Bukan itu saja, Hujan dan Kugiran Masdo bakal menyelitkan segmen tribute khas khusus buat pergerakan kumpulan-kumpulan Indie tempatan.

Korang pasti rindu kan nak dengar Hujan nyanyikan lagu ni? 

Konsert Hujan X Masdo ini bakal dibawakan oleh CST Productions. Umum sudah tahu, syarikat produksi ini cukup dikenali di kalangan penggiat seni di mana mereka pakar dalam menghasilkan video untuk hiburan, rancangan TV, muzik video dan pelbagai viral video.

Difahamkan setakat ini, 1000 keping tiket sudah habis dijual. Untuk anda yang belum bepeluang mendapatkan tiket, sila lakukan dalam kadar segera. Pihak penganjur juga akan cuba menambah kapasiti ruangan namun bergantung kepada permintaan tiket. Jangan terlepas, guys! 

Yang pasti, tiket untuk ‘meet & greet’ yang dijual pada harga RM 200 sekeping sudah habis dijual. Laku macam goreng pisang panas beb!

Untuk pembelian tiket, layari ilassotickets.com atau hubungi talian 03- 217 0633 / 010- 383 7552.

Rock Zone: RM 150 + hadiah percuma

Zone 1: RM 100 + Beg Percuma

Zone 2: RM 50 + Wristband Percuma

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 25 Sep 2019
Events Mon, 12 Mar 2018

Minta Padam Rakaman Bigo, Fathia Latiff Akui Kesilapan

Menjangkau usia 30 tahun, Fathia latiff mengakui dia tidak mahu lagi mengulangi kesilapan lalunya dan berharap agar mana-mana pihak yang telah memuat naik video tariannya di laman Bigo sebelum ini agar memadam video tersebut

Hiburan Thu, 27 Dec 2018

朱浩仁《Rain On Me》1229举办粉丝见面会

带着全新专辑《Rain On Me》回归乐坛的朱浩仁,将于12月29日(星期六)下午2时,在蕉赖Leisure Mall底层大厅举办粉丝见面会!

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

“Pilih Kata-Kata Dengan Penuh Berhati-Hati Kerana Ia Mencerminkan Niat Sebenar” – Nur Fazura

Nur Fazura mengingatkan orang ramai supaya lebih berhemah ketika menyuarakan pandangan.

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Sibuk Nak Pegang Tangan? Peminat Dakwa Hannah Delisha Diganggu Lelaki Ketika Acara Moreh

Hannah Delisha berdepan situasi kurang selesa apabila didakwa diganggu seorang lelaki

error: Content is protected !!