Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops August 17, 2018 @ 1:00pm

Hubungan Dingin Dengan Papa, Nabila Redha

Semua sedia maklum, hubungan dingin antara pelakon Nabila Huda dan lagenda rock tanah air, Amy Search dingin dan beliau sendiri tidak menafikan langsung perkara tersebut.

Terbaharu, pemenang Pelakon Wanita Terbaik (Filem) ASK 2016 menerusi filem Munafik ini mengakui sudah tiga tahun beliau tidak bertemu dengan bapanya itu.

Bagaimanapun, ibu kepada Keisha Laila ini percaya bahawa kemelut yang melanda antara bapanya itu pasti akan berakhir suatu hari nanti.

“Anda sendiri tahu bagaimana hubungan saya dengan papa, bukan? Dari dulu hinggalah sekarang, masalah kami tidak pernah selesai.

“Sama ada ia akan pulih atau kekal begitu sahaja, saya sendiri tidak pasti… Apapun doakan sahaja yang terbaik buat kami.

“Jujurnya, saya mengaku sangat rindukan papa… Sangat-sangat rindu. Sudah tiga tahun saya tidak berjumpa dengannya.” Katanya mengulas mengenai 20 status Insta Story yang dimuat naik di laman sosial sejak Jun lalu.

Terdahulu, Nabila atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi mendakwa pernah dipukul dan dihalau keluar rumah oleh ibu tirinya. 

Tambahnya, ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Norish merupakan punca hubungannya dengan Amy Search renggang. Betul ke?

 

Namun, pelakon berbakat itu enggan mengulas perkara terbabit dan memaklumkan agar hubungan dinginnya dengan Norish tidak lagi dihebohkan selain mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai. 

“Saya memang sudah tawar hati dengan apa yang berlaku. Jujurnya saya enggan lagi bercakap mengenai soal ini dan biarlah ia terhenti di situ.

“Saya bukannya muda lagi dan banyak hati yang perlu saya jaga terutama keluarga sebelah suami.” Jelasnya

Hubungan anak dan ayah sudah pasti tidak dapat dipisahkan, bak kata pepatah, air dicincang tidak akan putus. Sama-sama kita doakan yang terbaik ya.

  
Dalam perkembangan lain, Nabila bakal muncul dengan drama bersiri terbitan Skop Production berjudul KL Gangster Underworld tak lama lagi. Dan anda juga boleh menyaksikan lakonan Abil menerusi portal rasmi kami hanya di www.tonton.com.my
 
Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

黄若熙、Alycia当一日义工!福利收容所获「企业男神」倪益江资助5万马币

Ribbon黄若曦、Alycia受邀当一日义工!福利收容所获「企业男神」倪益江资助5万马币。

Featured Fri, 14 Mar 2025

Shuk Sahar Bongkar Status Perkahwinan Dengan Fara Salleh Masih Belum Berdaftar?

“Persoalannya, jangan hanya tahu bercakap tapi keluarkan satu bukti”- Shuk

Hiburan Fri, 12 Jul 2024
Featured Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] “Kelakar, Bincang Tarikh Putus Cinta Macam Anniversary” – Netizen Kagum Erra Fazira & Datuk Awie Macam Best Friend

Alahai sweetnya Erra dengan Awie! Best kan ada friendship macam ni? Dua dua masuk air hehe

Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Sun, 5 May 2019
Featured Sat, 9 Aug 2025

“Saya Sayang Mak Saya” – Shila Amzah Nafi Hubungan Kembali Dingin Dengan Ibu

Perkongsian podcast itu hanya sebagai pengajaran sahaja.

Events Fri, 7 Dec 2018
error: Content is protected !!