Events By: SGMS Faida August 21, 2018 @ 3:05pm

Sebaik-Baik Doa Adalah Pada Hari Arafah…Ayuh Berdoa!

Doa Arafah bukan sahaja baik untuk dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunatkan juga kepada seluruh Umat Islam di seluruh dunia walaupun mereka tidak berada di Padang Arafah.

Di Arafah waktu Asar pada 9 Zulhijjah 1438H bersamaan 21 Ogos 2018 hingga ke Maghrib pada tarikh 10 Zulhijjah 1438H (22 Ogos 2018) itu dikira waktu ARAFAH. Inilah waktu paling mustajab untuk berdoa. Tarikh di Malaysia adalah pada 21 Ogos 2018  kira-kira pada jam 8.48 malam hingga 11.30 malam. Pada masa ni kita semua yang berada di Malaysia juga boleh sama-sama berdoa.

Pada masa ini, simpan dalam kepala kita bahawa dari pukul 8.48 malam hingga 11.30 malam kita mahu berdoa dan terus berdoa. Dalam masa beberapa jam ini jangan putus berdoa. Mengulangi doa yang sama juga tidak mengapa. Jika mahu menangis, menangislah sepuas hati. Minta pada Allah bersungguh-sungguh supaya ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa kita, ibu bapa kita, anak isteri kita, semua kaum keluarga kita, kawan-kawan kita dan semua orang-orang islam.

Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai untuk anda berdoa.

Himpunan Doa Hari Arafah

  1. Ya Allah, Kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar. Selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
  2. Ya Allah, Masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan orang yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
  3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).
  4. Ya Allah, Masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
  5. Ya Allah, Selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
  6. Ya Allah, Satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.

7 Ya Allah, Sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

  1. Ya Allah, Terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
  2. Ya Allah, Apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.
  3. Ya Allah, Kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
  4. Ya Allah, Masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.
  5. Ya Allah, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
  6. Ya Allah, Tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan NabiMu (SAW).
  7. Ya Allah, Ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu.
  8. Ya Allah, Berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
  9. Ya Allah, Sucikan niatku hanya untukMu semata-mata dan lindungilah aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ngungkit nikmat.
  10. Ya Allah Penciptaku dan Tuhanku, Jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
  11. Ya Allah, Jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
  12. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
  13. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
  14. Ya Allah, Tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja amal dan Sadakatul Jariah.
  15. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
  16. Ya Allah, Lindungilah aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
  17. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.
  18. Ya Allah, Tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.
  19. Ya Allah, Selamatkan aku dari kemunafikan.
  20. Ya Allah, Izinkan aku dan suamiku/isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
  21. Ya Allah, Lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
  22. Ya Allah, Ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
  23. Ya Allah, Aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kekufuran, putus asa, salah laku dan syirik.
  24. Ya Allah, Berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita nyatakan dan apa yang kita rahsiakan. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Meneliti segala hajat yang ada di hati kita, maka mohonlah agar disampaikan hajat itu.

Firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila Dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.” (Surah Al-Baqarah : 186)

Semoga ALLAH SWT memakbulkan segala doa-doa kita semua dan mengampuni segala dosa-dosa kita. Sesunguhnya kita banyak melakukan dosa. Aamiinn.

Sumber: Prof Dr. Muhaya

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Oct 2018

Dituduh Tumpang Kesenangan Isteri, Apa Komen Nubhan Ahmad?

Ish, siapa yang tergamak cakap macam tu pada Nubhan? Tak baik tau!

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Siapa Artis Ke Kelab Malam Pada Bulan Ramadan?

Kenyataan itu dilihat seakan-akan benar apabila status Eyka juga menunjukkan yang kononnya beliau berada di kelab tersebut.

Trending Wed, 8 Jun 2022

Isu Duit RM15,000 Kena Songlap, PA Fify Azmi Tampil Beri Penjelasan – “Dia Tak Tahu Buat Invois…”

PA Fify jelaskan perkara sebenar tentang dakwaan bawa lari duit RM15,000.

Featured Tue, 7 Jun 2022

[VIDEO] “Bagai Pinang Dibelah Dua…” – Nampak Sweet Bersama, Netizen Cuba Jodohkan DSV & Michael Ang

Apa salahnya kalau berjodoh kan… Lagipun dua-dua tengah single lagi 🤭

Fab Foodies! Wed, 12 Dec 2018

小时喝汽水…老年就骨折!专家爆:成年补钙也回不去了

碳酸饮料独特的气泡口感,不分男女老少都爱,常常越喝越喝顺口就一杯接一杯喝,可是你知道吗?每喝一杯碳酸饮料,都是在加速身体中的钙质流失……

Hiburan Sat, 9 Mar 2019
Featured Mon, 10 Apr 2023

Akui Hidup Sunyi, Zizan Razak Kena ‘Abang-Zone’ Dengan Hawa Rizwana

Hmm kesian Zizan.. Min doakan semoga cepat berjodoh