Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 23, 2018 @ 12:30pm

Persediaan Kahwin, Atikah Suhaime Tak Gugup Nak Ke Dapur

Pasangan selebriti Awi Rafael dan Atikah Suhaime bakal melangkah masuk ke alam perkahwinan pada Mac 2019. Ini bermakna lebih kurang tujuh bulan lagi jika ikut perkiraan daripada sekarang.

Selalunya, apa yang dirisaukan oleh seorang wanita sebelum berkahwin adalah persediaan bagaimana untuk menyediakan untuk bakal suaminya itu nanti.

Tetapi bagi aktres kelahiran Singapura Atikah Suhaime, dia tidak bimbang dalam bab itu memandangkan dia pakar dalam soal memasak.

“ Sejak berpindah ke Kuala Lumpur untuk menjadi pelakon beberapa tahun lalu saya selalu masak di rumah. Saya jarang makan di luar kerana lebih suka memasak sendiri di rumah jika hari cuti. 

“Alhamdulillah lama-kelamaan saya semakin terbiasa. Insya-Allah selepas berkahwin nanti tiada masalah hendak ke dapur,” katanya.

Atikah dan Awi bakal melangsungkan perkahwinan pada 17 Mac tahun hadapan di Singapura.

Atikah juga baru selesai menjalani penggambaran dua buah filem di Indonesia berjudul Anatologi Rasa dan My Stupid Boss 2 yang menggandingkan dirinya bersama Bunga Citra Lestari.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Wed, 21 Aug 2019

Lepas ‘Bobo Di Mana’, Aliff Syukri Keluar ‘Cowok Baru’ Pula!

Katanya, pelancaran lagu ini akan diadakan di Jakarta, Indonesia.

Hiburan Sun, 29 Oct 2023

Gegendang Telinga Cedera, Haqiem Rusli Minta Peminat Doakan Yang Terbaik Untuk Famili Duo!

Moga cepat sembuh Haqiem! Buat yang terbaik tau malam ni🫶🏻✨✨

Hiburan Fri, 4 Oct 2019
Featured Wed, 30 Nov 2022

Pernah Hidup Susah, Haneesya Hanee Pakai Baju Orang Derma

Alhamdulillah sentiasa bersyukur dengan nikmat rezeki Allah bagi

Featured Sun, 21 May 2023
error: Content is protected !!