Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida August 23, 2018 @ 3:00pm

Video Pakcik Jitra Terus Tular, Tukang Rakam Nafi Reka Cerita

Perkongsian menerusi akaun Facebook Suhaida Nabila Binti Jamal Abdul Nasir mengenai video yang dimuatnaiknya semalam ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Video yang memaparkan seorang warga emas yang dalam keadaan lemah sedang menjual kerepek itu mendapat 86,000 perkongsian di laman Facebook.

Rata-rata netizen marah dengan tindakan anak kepada warga emas itu di mana perbuatan mereka dianggap tidak masuk akal.

Namun begitu, ada juga segelintir netizen yang menganggap wanita ini cuba memfitnah atau mereka cerita.

“ Ramai jugak yang kaki kondem cakap saya fitnahlah bagai. Cepat menghukum dah sebagainya.

“ Saya sebagai anak dan seorang ibu, boleh pikiaq (fikir) kot…aku pun suka berniaga, memang akan berniaga. Tak harapkan sesiapa dan tak mahu menyusahkan sesiapa tapi bila berbalik kepada situasi #pakcikjitra tu, aku juga sebagai anak akan bertindak untuk menjaga elok-elok dari segala macam aspek.,” tulisnya di laman laman Facebook, hari ini.

Tambah Nabila, dia turut mencadangkan agar anak kepada warga emas itu mencari jalan sekiranya bapa mereka masih berdegil untuk turun ke jalan untuk berniaga.

“ Andai kata bapak tu nak berniaga jugak sebab ketegaq teloqqqqqqqq, macam macam jalan/solusi hang sebagai anak untuk memenuhi permintaan bapak hang.

“ Mungkin hang bukan otak peniaga mcm aku, sekarang aku bagi jalan penyelesaian dekat hang supaya tak timbul lagi isu fitnah sebab isu ni tak akan timbul kalau hang memang seorang yang prihatin.

“ Teman dia dimana sahaja pakcik tu berada. Sebab diusia mcm tu, banyak risiko yang kita tak akan jangka. (Boleh pengsan/ dirompak /jatuh dan sebagainya),” tulisnya. 

Dalam masa sama, Nabila turut mencadangkan agar anak warga emas yang viral itu membeli meja atau payung untuk bapa mereka berniaga dalam keadaan lebih selesa.

“ Hang susun kerepek hang penuh meja, tak payah berjalan dari semasa ke semasa. Ni kerepek habis hang pandai pergi top up pulak. Hampa pakat kata dia kaya kan? P beli meja satu. Payung tak payah pun tak apa memandangkan meniaga awaktu malam,” luahnya geram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Feb 2026

Lan Pet Pet Mohon Maaf Kepada Nur Fazura Isu Lawak Luc*h

Isu lawak lucah, Lan Pet Pet mohon maaf kepada Nur Fazura.

Featured Wed, 8 Nov 2023

Warganet Puji Kecantikan Tapi Dakwa Isteri Haqiem Rusli Buat Content Macam ‘Rempit’

Betul jugak apa netizen kata tu. Jadikan iktibar!❤️

Featured Fri, 10 Mar 2023
Featured Thu, 8 Dec 2022
Hiburan Wed, 17 Sep 2025
Hiburan Thu, 18 Sep 2025

Ustaz Azhar Idrus Tepis Persepsi Segelintir Wanita Anggap Buka Hijab Lebih Dekat Dengan Allah

Ustaz Azhar Idrus tidak setuju persepsi buka tudung lebih dekat dengan Allah swt

Hiburan Sat, 21 Mar 2026
error: Content is protected !!