Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 23, 2018 @ 7:05pm

Bantu Suami Sakit Buah Pinggang, Konsert Dayangku Intan 23 September Depan

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Rindu Semakin Sayang, Dayangku Intan, bakal mengadakan sebuah konsert tak lama lagi.

Tujuan konsert berkenaan adalah untuk menampung kos pembedahan buah pinggang suaminya, Rosman Yahil, serta rawatan susulan yang menelan belanja ratusan ribu ringgit.

Kata Dayang, konsert Dana Prihatin Untukmu itu dijadualkan berlangsung pada 23 September depan Di Dewan Perdana Felda, di sini.

“ Selain simpanan peribadi dan bantuan teman rapat, kos pembiayaan dan rawatan susulan juga akan ditampung oleh hasil jualan meja konsert terbabit.

“Bukan sedikit jumlah yang diperlukan dan saya berharap konsert ini akan mendapat sambutan ramai, sekali gus mampu meringankan beban yang ditanggung.

“Konsert itu nanti akan turut menampilkan penyanyi jemputan, selain persembahan saya sendiri yang mengambil masa kira-kira 40 minit. Saya hanya akan menyanyikan lagu sendiri pada konsert itu, sama ada yang popular ataupun kurang dikenali,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Suaminya Rosman berdepan masalah kegagalan pada kedua-dua buah pinggangnya dan sehingga kini masih menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta.

Dalam masa sama, penyanyi berusia 52 tahun ini bakal mendermakan buah pinggangnya demi suami tercinta.

Kata pelantun Kita Insan Biasa ini, konsert pertama yang dijayakan selepas tiga dekad berada dalam dunia seni anjuran Kit Entertainment itu akan memaparkan perjalanan kisah hidupnya yang menjaga suami dan anak yang sakit, pada masa menjadi penyanyi.

“Orang mungkin tidak tahu bagaimana kehidupan seharian saya sebagai isteri dan juga penyanyi. 

“ Setiap hari, saya akan bergilir-gilir membawa suami untuk mendapatkan rawatan dialisis dan terapi untuk anak yang ada masalah hati. Saya merakamkan semua pengalaman itu dan ia akan ditayangkan pada konsert terbabit nanti,” ujarnya.

Maklumat lanjut mengenai konsert amal itu boleh didapati dengan menghubungi talian 019-2006786 (Kit Rushuhaimin) menerusi aplikasi WhatsApp.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Feb 2018

DID BTS’ SUGA REALLY ADMIT TO BEING GAY?!

A recent interview with BTS has allowed fans to understand each member better, especially Suga.

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Thu, 5 Dec 2019

Penyanyi 80an, Nassier Wahab Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihi roji’un…

Hiburan Fri, 5 Jun 2026

Juliana Evans Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga, Syukur Rezeki Keluarga Bertambah – “Tahun Ini Waktu Yang Tepat”

Juliana turut mengakui masih cuba membiasakan diri dengan hakikat bakal bergelar ibu kepada tiga orang anak.

Hiburan Fri, 17 Oct 2025

Betty Rahmad Akui Tak Mudah ‘Homeschool’ Anak – “Kena Ada Ilmu, & Disiplin, Nak Upah Tutor Duit Perlu Berkepuk”

Betty Rahmad akui homeschool anak banyak cabaran, ada kelebihan dan kekurangan

Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Mimi Tertekan Selepas Bercerai

Saya sedar hidup perlu diteruskan. Hampir dua bulan saya habiskan menyendiri di rumah dan menangis…Aduhai, sedih kami mendengarnya. Kuat ya Mimi!

error: Content is protected !!