Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops August 26, 2018 @ 10:00am

Nazrief Nazri Sokong LGBT?

Baru-baru ini, pelakon Nazrief Nazri telah memuat naik gambar dengan caption ingin menjadi LGBT, menerusi laman Instagram miliknya?

Sure or not?

Tidak dinafikan, tindakan aktress itu telah mengejutkan ramai pihak, namun Nazrief menegaskan dia tidak berniat untuk menyindir atau mempersendakan mana-mana pihak. Sebaliknya, dia hanya ingin menyampaikan mesej positif kepada pengikutnya melalui caption kreatif yang bermaksud Lelaki Gagah Bangun Tahajud (LGBT).  

“Mungkin kerana isu LGBT sedang hangat diperkatakan membuatkan ada pihak beranggapan saya sengaja mahu mencetuskan kontroversi. Saya tidak berniat menyindir atau sengaja memanaskan isu kontroversi itu.

“LGBT yang saya maksudkan adalah keinginan saya untuk menjadi lelaki yang sanggup korbankan masa tidur dan bangun menunaikan solat sunat tahajud.

“Daripada berkongsi hal tidak bermanfaat, ada baiknya saya bercakap hal yang mendatangkan faedah. Alhamdulillah, mesej yang saya cuba sampaikan itu difahami ramai.

“Mungkin ada yang menganggap ia sebagai gurauan, namun mesej itu menjadi peringatan supaya diri berubah ke arah yang lebih baik.” Katanya

Mungkin ada yang beranggapan pelakon drama Cinta Bukan Kristal itu sengaja mencipta kontroversi kerana ingin menaikkan kembali namanya yang dikatakan agak suram sejak kebelakangan ini.

Sumber : instagram @nazriefnazri

Namun kata Nazrief, perkara itu tidak pernah menggusarkannya kerana dia lebih suka orang ramai bercerita mengenai produk yang dijayakan, berbanding kisah peribadi atau kontroversi.

“Mereka yang mengenali saya tahu saya lebih gemar buat hal sendiri. Jadi, jika ada yang beranggapan saya cuba menaikkan nama yang semakin tenggelam, rasanya tidak.

“Syukur kerana rezeki saya dalam bidang lakonan tidak pernah putus. Terbaru, saya menjayakan drama, Leftenan Zana bersama Janna Nick.” Kata pelakon itu

Disoal mengenai pembabitan beliau dalam  bidang nyanyian, Nazrief bagaimanapun masih belum berhasrat merakamkan lagu terbaru kerana mahu memberikan fokus kepada kerjaya lakonan, selain pernah tampil dengan single Cinta Semalam.

“Nyanyian bagi saya hanya hobi dan bukan kerjaya serius. Saya akur, bakat nyanyian saya tidak sehebat mana. Alhamdulillah, percubaan pertama saya mendapat maklum balas positif, cuma rezeki tidak ke arah itu.“ Katanya

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Aug 2025

Pasangan Pelakon Popular ‘Kantoi’ Ci*m Mulut Dalam Photobooth?

Dua pelakon popular dilaporkan ‘kantoi’ melakukan aksi tidak senonoh.

Hiburan Sat, 26 Oct 2019

Anak Fauziah Nawi Dikhuatiri Lemas Ketika Memancing

Semoga dipermudahkan urusan dan Pitt selamat ditemui. Jom semua doakan!

Hiburan Sat, 18 Jan 2020

Elly Mazlein Sah Isteri Kepada Azlan Dengan Sekali Lafaz!

Tahniah Kak Lina Pom Pom dan selamat melayari bahtera perkahwinan!

Hiburan Thu, 15 Feb 2018

SLAM, EXIST RANCANG ‘BERSATU’

Baik Zamani mahu pun Ezad Lazim, kedua-dua artis popular ini masih masih hangat dan menjadi rebutan pihak penganjur sehingga kadangkala  terpaksa berkejar ke lokasi lain pada hari yang sama untuk memenuhi undangan serta mengubati rindu peminat.

Hiburan Tue, 8 Jan 2019
Featured Sat, 28 May 2022

“Saya Tak Nak Jadi Budak-Budak…”- Ini Penjelasan Siti Nurhaliza Mengenai Isu Papan Iklan Digital

Sepatutnya bangga lah kan Siti wakil warga Malaysia dalam kempen EQUAL…

error: Content is protected !!