Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops August 27, 2018 @ 4:07pm

‘Janganlah Tutup Periuk Nasi Orang’ – Serina

Lama mendiamkan diri mungkin disebabkan kontroversi rumah tangga yang melanda dirinya, kali ini Serina Redzuawan semakin aktif dalam melebarkan perniagaanya.

Namun, baru-baru ini terdapat individu yang mendakwa produk keluaran Serina iaitu, jus durian belanda ini menyumbang kepada penyakit kanser. Betul ke?

Bengang dengan dakwaan tersebut, Serina berkata individu ini sengaja mahu mensabotaj perniagaannya. Kerana, individu terbabit sengaja mahu mengaitkan produk jualannya sebagai punca seorang wanita meninggal dunia.

“Masya-Allah. Ada juga yang busuk hati nak sabotaj perniagaan saya. Nak tuduh kononnya kerana air ini punca Mak Long dia meninggal dunia.

“Logiklah sedikit, air (produk) ini baru dikeluarkan pada 2017. Macam mana pula… Mak Long dia meninggal pada 2015, (ketika) air ini pun tak wujud lagi.” Katanya dalam perkongsian yang dimuat naik di Instagram

Menerusi perkongsian tersebut, Serina telah memuat naik satu posting yang ditulis oleh individu terbabit dengan menyalahkan produk jus terbabit menjadi punca kepada kematian ibu saudaranya.

Malah, individu tersebut mengatakan seolah-olah dia terperangkap dengan penjual produk berkenaan kerana menurutnya dengan mengamalkan jus tersebut, ibu saudaranya tidak perlu lagi menjalani rawatan kimoterapi.

Namun, sebaliknya pula terjadi apabila kanser ibu saudaranya merebak sehingga ke tahap empat dalam tempoh setahun gara-gara tidak melakukan kemoterapi dan rawatan susulan.

Serina turut mengingatkan individu berkenaan supaya berhenti daripada terus menabur fitnah terhadap produk keluarannya.

“Kalau iya pun nak tutup periuk nasi orang, ingatlah Allah sikit. Saya maafkan orang yang busuk hati ini.

“Moga peminat dan pelanggan saya tidak mudah percaya dengan penipuan ini. Satu fitnah yang tak berasas.” Katanya

Mana mungkin jus durian belanda mampu menghilangkan penyakit kanser dengan sekelip mata. Janganlah kerana kesalahan sendiri, anda menyalahkan orang lain. Kesian periuk nasi orang yang ingin mencari rezeki..

Ditulis Oleh: Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 May 2023

Selepas Dedah Kahwin Di Luar Negara, Tash Yong Pilih Tutup Mulut – “Cara Terbaik Adalah Diam”

Diam, menyepi, berdamai dengan diri, makan & tidur – Tash Yong

Hiburan Thu, 21 Aug 2025

Ubai Imbau Momen Ketika Hidup Susah – “Pernah Makan Burger Bahagi Empat Dengan Arwah Mak & 3 Adik-Beradik”

Ubai imbau momen ketika susah makan burger kongsi dengan arwah mak dan adik-beradik

Featured Wed, 4 Jan 2023
Featured Thu, 5 Jan 2023

[VIDEO] Adira Suhaimi Tebang Rumput Lepas Kena Perli Netizen – “Sejak Bila Jadi Pelawak Pula Ni?”

Wowww! Ahahahaha terus dia potong rumput 🤣 Netizen ni punnn, biaq p la rumah dia 🤣

Featured Wed, 18 Oct 2023

Lirik Lagu Nur Nilam Sari Ditukar Kepada Pinjam Seratus, M. Nasir Tak Ada Masalah

Terbaiklah Datuk M.Nasir! Pinjam seratus sat🤞🤞🤞

Hiburan Sun, 9 Jun 2024
Featured Sat, 1 Mar 2025

Jenazah Isteri Ridzokumura Selamat Dikebumi, 200 Orang Hadir Beri Penghormatan Terakhir

Seramai 200 orang hadir terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat Allahyarham.

Trending Fri, 25 Sep 2020

Hanya Tiga Jam Masa Diberikan Untuk Jemaah Tunai Umrah

Peringkat pertama bermula 4 Oktober ini!

error: Content is protected !!