Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 27, 2018 @ 8:00pm

Hampir Setahun Menunggu, Aishah Kecewa Dipermainkan?

Selepas setahun memenangi sebuah program realiti di sebuah stesen televisyen swasta, penyanyi Aishah meluahkan kekecewaanya selepas apa yang dijanjikan masih tidak lagi ditunaikan.

Kata juara program berkenaan, bukan sebulan dua pihaknya memberi peluang berhubung isu ini.

“ Hampir setahun jugalah saya menunggu. Bukannya saya tidak cuba berbincang dengan baik atau sebagainya.

“ Saya belum menerima hadiah sebidang tanah, selain hadiah barang kemas yang dimenanginya sudah dibukti palsu oleh kedai emas,” katanya kepada xtra.com. 

Tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa atau menjadikan isu ini viral, sebagai seorang penyanyi lama kesabarannya juga ada batasnya.

“ Bukan saya seorang saja, rakan lain seperti Liza Hanim dan Lan So belum lagi diberikan hadiah sebidang tanah seperti yang dijanjikan.

“ Pihak sana ada memberitahu mahu berjumpa selepas raya haji tapi sampai sekarang masih diam tanpa berita. Sehingga sekarang, saya masih tertunggu-tunggu jawapan. Kalau anda jadi saya, sudah tentu anda juga rasa kecewa bukan?, katanya.

Apa yang lebih mengecewakan, barang kemas yang dihadiahkan kepadanya juga dilaporkan tiada nilai.

“ Bukan rekaan…saya telah pergi ke dua kedai emas. Tujuan saya pada mulanya untuk memotong barang kemas untuk mengecilkan. Alangkah terkejutnya apabila pekerja di kedai emas itu memberitahu barang kemas itu rupanya palsu.

“ Saya diberitahu barang kemas itu bernilai RM 80,000 tetapi apabila mendapat tahu perkara sebenar, sudah tentu saya macam tak percaya,” katanya.

Akui Aishah, kejadian ini turut mempengaruhi emosinya atau semangat untuk untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian pada masa akan datang.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Dec 2022

Anak Rela Dipenjara Kerana Mahu Merasai Kasih Sayang Ibu, Rindu Kasih Isi Slot Samarinda TV3

Tiada harta yang setinggi nilai curahan kasih sayang ibu kepada anak. Namun begitu, Khalid perlu menyara dan membesarkan anaknya, Salina, yang masih kecil seorang diri tanpa kasih sayang daripada seorang ibu. Mengisi slot Samarinda TV3, […]

Featured Tue, 3 Jan 2023

Bekas Isteri Dedah Luqman Hafidz Curang Punca Perceraian? – “Semoga Bahagia Di Atas Penderitaan Saya”

Jika benar bagai dikata, moga bekas isteri Luqman kekal tabah 🥲❤️

Events Sat, 26 Jan 2019

Syamel Tak Pernah Mengecewakan?

Tak sia-sia Syamel kurus!

Hiburan Wed, 21 Jan 2026

“Banyak Buaya Tak Berguna Dah Dikorbankan, Sesuai Jadi Handbag” – Ciapan Spontan Fazura Undang Tawa Warganet

Fazura membalas ciapan peminat yang meminta agar koleksi beg tangan dikeluarkan dalam kuantiti banyak

error: Content is protected !!