Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 29, 2018 @ 11:13am

Munafik 2 Bakal Saingi Kutipan Hantu Kak Limah?

Dua tahun lalu, filem Munafik diterima baik di Republik Indonesia. 

Susulan respon positif itu, penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam komited untuk membawa karya Munafik 2 ke negara lain pula.

Katanya, pihak syarikat merancang untuk membawa filem Munafik 2 ke Thailand, Kemboja dan Vietnam.

“ Ia sesuai bagi tontonan semua bangsa berikutan mesej yang ada di dalam Munafik 2. 

“ Ketika ini, kami dalam proses mendapatkan tarikh tayangan di ketiga-tiga negara terbabit. 

“ Ia menjadikan Munafik 2 sebagai filem pertama daripada kami yang dipasarkan ke luar Nusantara,” kata Yusof ketika berucap pada majlis tayangan perdana Munafik 2.

Filem yang menelan perbelanjaan kira-kira RM3 juta itu membariskan pelakon seperti Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali, Nasir Bilal Khan, Mawi dan Syamsul sendiri. 

Mengambil masa kira-kira 72 hari penggambaran dan hampir setahun untuk proses suntingan, ia juga akan ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei, mulai esok.

Pihak Skop Productions turut positif dalam jumlah kutipan memandangkan kutipan filem Hantu Kak Limah berjaya mencecah sehingga RM 32 juta.

” Kami yakin Munafik 2 juga sebuah karya yang mampu memenuhi selera penonton,” katanya.

 

Menerusi kisah susulan itu, Ustaz Adam lakonan Syamsul berdepan cabaran menyekat penyebaran ajaran sesat oleh sebuah kumpulan diketuai oleh Abuja (Nasir Bilal Khan).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Sep 2019

“Bukan Saya!” – Issey Fazlisham

Bila netizen main hentam je…

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

Orang Kata Saya Menyanyi Lagu Orang Gila

Sebenarnya, Upiak pernah menghasilkan 19 album disepanjang kariernya sejak berusia 13 tahun.

Hiburan Fri, 11 May 2018

Belum Rancang Tambah Anak, Sabar Ya

Belum tiba masa lagi untuk timing anak

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Thu, 24 Oct 2019

Hyuna Dan E’Dawn Bakal Keluar Lagu Baru?

Tak sabar nak tunggu lagu baru diorang!

Hiburan Fri, 19 Oct 2018

Betul Ke Scha Tak Pakai Baju Atau…?

Pelakon Scha Alyahya antara selebriti wanita yang menjadi idola ramai dalam bab berfesyen. Apa saja yang digayakan oleh Scha pasti akan menjadi perhatian. Baru-baru ini, sekeping gambar yang dimuat naik oleh pelakon itu di Instagram miliknya mengundang […]

Hiburan Sat, 27 Apr 2019

MV ‘Kill This Love’ Haram Ditayang?

Selepas Park Bom, giliran Blackpink pula…

error: Content is protected !!