Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: SGMS Enal September 4, 2018 @ 9:00am

Halia Membantu Dalam Menyembuh Penyakit

Halia biasa di gunakan dalam masakan tidak kira kaum. Masyarakat Cina mempunyai kepercayaan dimana halia dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi. Ada juga mengatakan yang bakal meningkatkan tenaga dalam badan. 

Halia dapat membantu dalam menyembuh penyakit , jom lihat keberkesanannya:

Mengatasi Masalah Pernafasan 

Dapat membantu dalam melegakan paru-paru dan mengurangkan kahak yang ada jika anda mengalami masalah pernafasan seperti batuk mahupun sesak nafas

Mual atau Loya

Ini diantara kepercayaan yang masih diterima dan diamalkan hingga kini. Antara pengubat bagi penyakit mual atau loya. Boleh jadi morning sickness mahupun selepas menjalani pembedahan atau rawatan kimoterapi

Untuk trimester pertama biasanya halia banyak berjasa untuk sesetengah mereka. Jangan risau kerana ada kajian dibuat oleh pakar kesihatan , halia tidak membawa kesan yang memudaratkan pada bayi dalam kandungan

Demam & Selsema

Boleh digunakan sewaktu anda mengalami demam dan selsema. Dapat menghalang demam dan peluh yang berlebihan

Aliran Darah 

Oleh kerana halia mengandungi kromium, zink, dan magnesium dapat membantu dalam meningkatkan kitaran darah . 

Amalkan setiap hari adalah sesuatu yang bagus. Tidak perlu supplement lagi jika bahan semula jadi yang memberikan lebih kebaikan. 

 

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Feb 2023
Featured Sat, 6 Sep 2025

Individu Didakwa Sebarkan Kebencian, Marissa Dania Ambil Tindakan Undang-Undang?

Marissa ambil tindakan tegas terhadap individu tinggal komen jelik.

Fab Foodies! Wed, 5 Sep 2018
Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Semangat ‘Abah’ Sentiasa Dekat -Neelofa

Syawal luar biasa bagi Neelofa & keluarga tahun ini…

error: Content is protected !!