Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin September 4, 2019 @ 3:22pm

Ketahui punca tumit kaki pecah dan merekah

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah 

Pernahkan anda mengalami kulit kaki pada bahagian tumit pecah dan merekah, atau mungkin anda pernah melihat orang di sekitar yang mengalami tumit yang bermasalah seperti ini?

Masalah berkenaan bukan saja memalukan empunyai diri, tetapi juga orang di sekitar yang mungkin merasa kurang selesa memandang.

Tumit kaki merekah boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri, malah menyukarkan untuk mengenakan kasut kerana ada kalanya tumit sakit dan mungkin berdarah.

Pastinya ada sebab mengapa kulit bahagian tumit kaki seseorang boleh pecah.

Antara punca yang menyebabkan tumit kaki merekah adalah: 

1. Cuaca yang sejuk 

Kesejukan melampau menyebabkan kulit kering dan menjadi antara punca tumit kaki merekah. – Gambar hiasan/Sumber: blog.policystreet.com

Faktor cuaca adalah antara punca wanita mengalami tumit kaki merekah dan pecah.

Biasanya keadaan ini membabitkan mereka yang tinggal di negara beriklim sejuk dan kulit akan berubah tesktur mengikut perubahan kulit.

Selain itu, kekerapan menggunakan pendingin hawa dalam bilik juga mempengaruhi tumit kaki merekah. Kaki yang kering akan menjadi pecah-pecah, gatal dan pedih disebabkan suhu yang sejuk.

Bagi mengurangkan masalah ini, sapu kulit tapak kaki dengan pelembap dan beli produk khusus untuk merawat tumit kaki merekah. 

2. Penggunaan sabun tanpa pelembap  

Ada kalanya kulit alah kepada sabun tertentu, jadi gunakan sabun yang mengandungi bahan pelembap. – Gambar hiasan/Sumber: health.detik.com

Tidak semua sabun mengandungi pelembap. Sebagai pengguna, anda perlu lebih bijak dalam memilih sabun untuk mandi.

Sabun tanpa kandungan pelembap dapat meningkatkan risiko kulit kering dan ia bukan sekadar berlaku pada bahagian tapak kaki saja, tapi seluruh tubuh akan mengalami kekeringan dan kulit menjadi kasar.

3. Berat badan berlebihan 

Berat badan berlebihan juga punca tumit kaki merekah. – Gambar hiasan/Foto: thescienceexplorer.com

Memiliki berat badan yang berlebihan bukan sahaja menjejaskan kesihatan badan, bahkan kulit bahagian tapak kaki juga akan terkesan.

Hal ini kerana berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan pada kaki dan tidak dapat menampung bahagian atas yang berat, sekali gus menyebabkan tumit merekah.

4. Melakukan aktiviti berlebihan 

Kekerapan melakukan aktiviti di luar antara punca tumit kaki merekah. – Gambar hiasan/Sumber: videoblocks.com

Apabila anda sering melakukan aktiviti, maka risiko untuk kulit tapak kaki merekah akan semakin tinggi. 

Bahagian kaki terutama tumit akan mengalami geseran dengan permukaan kasut atau lantai, lalu menjadi semakin tebal dan juga kering pada waktu yang sama. 

Kulit tumit yang kering biasanya akan bersisik sebelum mula merekah yang membuatkan anda merasa pedih sehingga tidak selesa. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Jun 2022
Featured Thu, 5 Feb 2026

“Biarkan Penyondol Cap Kancil Fitnah Kita Macam-Macam” – Fazura

Fazura berpesan pada sahabatnya itu agar terus kuat dan tidak terpedaya dengan fitnah tular.

Featured Mon, 31 Oct 2022

[VIDEO] Yasmin Hani Akui Sanggup Berlapar Asalkan Kebersihan Rumah Terjaga – “Dapur Berasap Tapi Kotor Berlemuih?”

Wahh, mesti rumah Yasmin Hani berkilat ni 🤩 Harus dipuji ni sebab tak semua orang ada kemahiran dalam mengemas okayh! 🤪

Featured Fri, 29 Mar 2024
Featured Tue, 4 Apr 2023

Meerqeen Jadi Artis Malaysia Pertama Dilantik Jadi Duta Jenama Mewah Antarabangsa!

#Meerna mesti seronok baby boss mereka jadi duta jenama mewah👏👏👏

Featured Wed, 23 Mar 2022
familuv Tue, 29 Oct 2019
Featured Wed, 23 Jul 2025

Izara Aishah Geram Tindakan ‘Kantoikan’ Siti Nurhaliza Beli Barang Random Jadi ‘Bahan’ Netizen Mulut Puaka

Izara tampil menegur tindakan netizen yang sewenang-wenangnya memberikan komen.

error: Content is protected !!