Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: Salma Syahbuddin September 13, 2018 @ 8:00pm

Nak Tanggalkan Makeup Tapi Susah, Jangan Panik Ini Cara Paling Mudah Untuk Korang!

Bagi kaum wanita solekan amatlah penting untuk menutup cacat-cela di muka. Lebih-lebih lagi bila terdapat beberapa jerawat nakal singgah sekejap diatas permukaan kulit muka. Mula lah level of confident menjunam. Betul tak?

Kulit sihat, licin dan kelihatan flawless adalah berpunca daripada penjagaan kulit dan hilangnya sisa make up di muka  secara 100%. Namun, kadang-kadang wanita ni tak sedar bila makeup remover diorang habis. Nanti mulalah bad mood dan panik!

Opps!!!

Tapi, jangan risau kami akan berikan tips bagaimana nak tanggalkan makeup menggunakan makeup remover yang korang tak sangka pun boleh guna dan hilangkan makeup setebal 3 inci tu. 

  1. Minyak Baby

Yass! minyak baby bukan sahaja digunakan untuk baby yang comel tu. Tapi ianya boleh digunakan untuk menanggalkan makeup korang dan jadikan sebagai makeup remover yang paling selamat. Nanti boleh lah berangan kulit selembut baby.  Tak gitu! kulit pun cantik, poket pun selamat.

 2. Bukan untuk buat Aglio Olio ye, Olive Oil juga baik untuk kulit muka!

Selalunya kita dengar Olive Oil digunakan untuk masak Aglio Olio atau apa sahaja jenis spagheti. Tapi, kalau dah terdesak sangat makeup remover korang yang mahal tu habis, inilah caranya! Pergi ke dapur dan ambik sedikit Olive Oil dan sapukan dimuka. Tadaaa! kulit sihat, make up tertanggal.

 3. Petroleum Jelly atau VASELINE!

Walaupun tampil dengan pelbagai perisa, dan sering dijadikan pelembab bibir semata-mata, tahukah korang yang lip balm ni juga boleh dijadikan sebagai makeup remover korang. Tak caya, cer try! 

Lip balm atau apa sahaja petroleum jelly boleh dijadikan make up remover yang paling efektif. Bukan sahaja senang dibawa kemana-mana tapi, kegunaannya untuk menanggalkan make up amatlah berguna. Dengan hanya sapukan pada keseluruhan muka, dan hanya lap menggunakan cotton pad. Haa, tak payah beli mahal-mahal kan? Kalau kat surau tu makeup remover korang takde, bolehlah pakai lip balm atau vaseline korang. Senang!

 4. Aloe Vera Gel

Sifatnya yang sejuk dan boleh buat kulit muka kita fresh antara salah satu faktor kenapa golongan wanita sentiasa ada Aloe Vera gel kat rumah. Bukan sahaja sebagai pelembap kulit dikala cuaca panas, Aloe Vera juga berfungsi untuk menjadi salah satu makeup remover korang lepasni. Sapu je, sure muka korang flawless lepasni. Senangkan? Tipsnya adalah, jangan sampai Aloe Vera ni terkena mata.

 

 

Apapun, jika korang nak kulit yang cantik, pastikan bahan yang digunakan ke atas kulit muka bebas dari bahan-bahan kimia. Dan, kenapa perlu cari yang mahal sedangkan kita boleh dapatkan kulit yang sihat dengan menggunakan bahan yang hanya boleh didapati di dapur rumah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Ask Me Question? Jawapan Fynn Jamal Betul-Betul Mengejutkan

Nak tahu Fynn jawab apa? Bacalah artikel ni okay!

Featured Fri, 10 Mar 2023

Cinta Lama Berputik Kembali, Aisha Retno & Aziz Harun Bersatu Dalam ‘Jarak’

Sweet sangat dua orang ni tau! Sedap sangat lagu duet mereka berdua dalam Jarak 😘 Jangan lupa dengarkan

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Noraniza Idris Teruja Pertama Kali Buat Konsert Besar

Sepanjang 30 tahun karier saya, inilah baru pertama kali saya mengadakan konsert besar-besaran.

Featured Thu, 22 May 2025

[VIDEO] Sambut Ulang Tahun Ke-30, Nana Sheme Infaq Al-Quran Buat Arwah Ibu

Nana Sheme sambut hari lahir dengan cara berbeza.

Events Thu, 19 Sep 2019
Hiburan Thu, 8 Nov 2018

Pengarah TUJUH Kecewa Dengan Salah Seorang Pelakonnya?

Alamak…kenapa agaknya pelakon wanita itu tak muncul di majlis pelancaran Tujuh ya?

Fab Foodies! Sat, 14 Apr 2018

7 Hidangan Bekal Untuk Si Comel Ke Sekolah

Bekal anak-anak saya umur 7&8 tahun ke sekolah setiap pagi. Setiap hari memang habis dan saya seronok mereka pun suka tanpa berebut di kantin.

error: Content is protected !!