Acara By: tex_admin September 19, 2019 @ 2:03pm

ABPBH32: Finalis kategori Artis Lelaki Baharu kongsi keterujaan bersama peminat

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Persaingan bagi kategori Artis Baharu Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 tenyata memberikan pengalaman baru bagi setiap calon finalis yang terpilih hasil daripada undian para peminat.

Pada edisi ke-32 ini, lima pendatang baharu yang tercalon dalam ABPBH kali ini adalah Afieq Shazwan, Adam Lee, Iswan Ismail, Ryan Deedat dan Raja Atiq. Kesemua calon bagi anugerah ini ternyata memiliki kelebihan dan bakat yang tersendiri dalam meletakkan diri mereka untuk meraih anugerah Artis Baharu Lelaki Popular.

Salah seorang finalis bagi anugerah tersebut,Ryan Deedat yang ditemui ketika acara santai karnival ABPBH32 yang berlangsung di Eco Grandeur, Puncak Alam, berkata ABPBH32 kali ini berupaya menyatukan keseluruhan para peminat yang berada di tiga buah negara seperti Brunei, Singapura, Indonesia dan terutamanya dari Sarawak.

Ryan Deedat bergambar bersama peminat di program Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 32 ke Alor Setar yang diadakan di Aman Central. Foto: NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

“Selain itu, saya juga akan menampilkan kejutan buat peminat-peminat saya pada malam kemuncak ABPBH32. Kelainan yang akan saya buat pada malam tersebut bersesuaian dengan tema acara iaitu “Melangkaui Sempaddan,” kata penyanyi yang terkenal dengan lagu bertajuk Salimah.

Sementara itu, artis versatil Afieq Shazwan turut berkongsi keterujaan beliau apabila tercalon sebagai finalis Artis Lelaki Baharu Popular ABPBH 32.

Afieq Shazwan. Foto:  NSTP/ZUNNUR AL SHAFIQ.

“Pencalonan di dalam ABPBH merupakan seperti impian menjadi kenyataan. Hal ini kerana penglibatan di pentas ABPBH merupakan sasaran yang telah saya tetapkan semenjak mula menceburkan diri dalam bidang hiburan.

“Di samping itu, pencalonan dalam ABPBH ini juga turut membolehkan saya untuk lebih rapat bersama peminat-peminat. Banyak perkara yang saya boleh lakukan ketika meluangkan masa bersama mereka. Sebagai contoh, saya boleh melihat bagaimana gerak kerja mereka dalam meningkatkan undian untuk saya,” ulas beliau yang merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi.

Finalis ketiga yang berentap dalam kategori sama ABPBH32, Iswan Ismail ketika ditemui pada acara yang sama melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada para peminat yang terus-menerus memberikan sokongan dalam perjalan karier beliau.

Iswan Ismail. Foto: NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.

“Saya percaya pencalonan ini terjadi akibat daripada berkat sokongan peminat-peminat yang sememangnya mempunyai hubungan yang rapat sejak dahulu lagi.

“Pada malam kemuncak ABPBH32, saya bersama-sama dengan kelab peminat akan bekerjasama bagi memastikan mereka lebih menonjol dalam kalangan kelab-kelab peminat yang hadir,” ulas beliau lagi.

Manakala finalis keempat, seorang pelakon yang dikenali menerusi Drama Lara Aishah, Adam Lee berkata, beliau tidak meletakkan sebarang harapan untuk memenangi anugerah Artis Lelaki Baharu Popular ABPBH32.

Finalis Top 5 ABPBH32, Adam Lee. Foto: NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

“Saya amat berterima kasih kepada para peminat yang mengundi saya. Tanpa sokongan mereka, saya tidak akan berada di tempat yang saya berada sekarang.

“Saya berharap peminat akan gembira dengan apa jua keputusan yang diumumkan pada malam tersebut di samping menikmati setiap persembahan yang akan dipersembahkan,” katanya lagi.

Persaingan bagi kategori Artis Lelaki Baharu Popular ABPBH32 kali ini pastinya menjanjikan sesuatu yang amat sengit, memandangkan setiap finalis mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri di samping sokongan yang padu daripada kelab-kelab peminat mereka.

Malam kemuncak ABPBH 32 bakal berlangsung pada 22 September 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 23 Aug 2018
Acara Mon, 8 Jun 2020
Acara Wed, 10 Apr 2019
Acara Fri, 8 Apr 2022

“Saya Tak Nak Terima Sebab Bayaran Sahaja… Soal Duit Dah Jatuh No 10” – Rita Sosilawati

Sempena kedatangan Ramadan, rezeki usahawan kosmetik ternama, Datin Rita Sosilawati untuk dilantik sebagai duta datang tanpa diduga. Kini dilantik menjadi jurucakap produk barangan elektrik, ESH Electrical Sdn. Bhd. untuk kempen Ramadan dan Syawal ini, Rita […]

Acara Fri, 20 Dec 2019
Acara Mon, 23 Dec 2019

Individu normal wajar pelajari bahasa insyarat

Bahasa isyarat sangat menarik sebenarnya!

Acara Fri, 31 May 2019

Silka Cheras rai 35 Penghuni Rumah Kasih Nurul Hasanah

Petugas Silka Cheras beramal dengan cara tersendiri!

Acara Tue, 4 Feb 2020

Koleksi LILITXWOOFIZIWOO laris kurang 24 jam sebaik dilancarkan!

Semua pun cantik-cantik dan berpatutan pula tu