Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin January 3, 2018 @ 9:03am

PEGANG MIKROFON TERBALIK, PROPA KE KHAI?

Disebabkan terlalu teruja, Khai Bahar sebenarnya telah memegang mikrofon secara terbalik ketika hendak menyanyikan lagu terbaru ciptaannya berjudul Luluh pada satu program bual bicara. 

Khai menjelaskan bahawa, kejadian tersebut disebabkan beliau terlampau excited terhadap penyokong-penyokong nya yang hadir pada malam tersebut terutamanya, penonton di bahagian hadapan pentas. Kejadian itu menyebabkan dia sendiri tidak sedar bahawa tindakannya itu mengundang malu lebih-lebih lagi program tersebut bersiaran secara langsung dan semestinya ditonton oleh ribuan rakyat Malaysia.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dah selesai MeleTOP, Khai nak minta maaf sebab tadi mic terbalik. Minta maaf sangat-sangat sebab terlalu ‘excited’ dengan penyokong yang berada di bahagian hadapan.”
 
“Jadi bila dok melambai-lambai tiba-tiba tangan terpegang mickrofon belah lain. ‘Sorry’,” katanya.

Dalam insta story beliau juga, Khai turut mengucapkan terima kasih kepada pengacara Nabil Ahmad kerana menyelamatkan keadaannya pada ketika itu. 

Khai yang menyampaikan lagu baru ciptaannya itu merupakan salah satu artis jemputan bagi program tersebut di samping penyanyi Haqiem Rusli dan Wany Hasrita.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Fri, 14 Jun 2024

Adik Zayn Rayyan Diambil JKM Selangor

Semoga yang baik-baik saja

Featured Thu, 23 Jan 2025

“Fatima Jangan Sedih, Yang Kamu Perlu Tahu Hati Daddy Memelukmu Selamanya” – Fattah Amin

Fattah Amin mencuri perhatian selepas menitipkan ucapan buat anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya

Hiburan Thu, 26 May 2022
Featured Fri, 4 Nov 2022
Trending Tue, 24 May 2022
Events Wed, 18 Oct 2023

Kumpulan Fourtwnty Impi Berkolaborasi Dengan Yuna

Wow! Kalau Fourtwnty koloborasi dengan Yuna confirm 🔥🔥🔥

Featured Thu, 2 Mar 2023
error: Content is protected !!