Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin September 18, 2018 @ 2:48pm

Beli Ubat Hormon Mencecah RM 1 Juta, Rosmah Bakal Hadapi 20 Pertuduhan

Fail siasatan terhadap bekas isteri Perdana Menteri ini bakal dibuka semula selepas 2 tahun. Siasatan ini dibuka semula apabila dakwaan berhubung sumber daripada dana mencurigakan, mengaitkan suaminya sebelum ini. 

Jika sebelum ini Rosmah pernah disoal siasat lebih dari tiga jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya berkenaan siasatan terhadap anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd kali ini, satu lagi pertuduhan melibatkan dirinya, kerana terlibat dalam pembelian satu produk dari Amerika Syarikat iaitu hormon anti-penuaan yang bernilai RM1 juta. 

Dan, penyiasat percaya dana daripada SRC ini turut digunakan dalam pembelian produk terbabit.

Difahamkan produk anti penuaan itu dibeli untuk meningkatkan kadar hormon lebih 600 peratus sekiranya diambil secara berterusan. Produk tersebut juga mampu menambah baik tenaga dalaman, meningkatkan keinginan seksual, mendapatkan tidur yang lebih nyenyak, menguatkan otot dan memperbaiki sel kulit. 

Menurut sumber yang dipercayai, cek bayaran lebih dari RM 1 juta itu dibuat kepada seorang doktor bergelar Datuk pada Februari 2015 untuk pembelian dua set ubat bernilai RM500,000 setiap satunya.

Malah, cek yang diserahkan kepada doktor terbabit bagi pembelian ubat berkenaan tertera nombor akaun milik Najib yang kini telah pun ditutup. Dan, ketika soal siasat dilakukan, doktor terbabit mengakui cek tersebut adalah untuk pembelian dua set ubat, yang mana salah satu daripada produk tersebut dipercayai mengandungi 100 peratus makanan berasaskan tumbuhan bagi mengekalkan keremajaan kulit dan merangsang badan manusia. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Nov 2024

“Jangan Tegur Pelakon Baharu Sampai Memalukan Mereka” – Liza Abdullah

Liza Abdullah berpendapat pelakon senior perlu jaga air muka pendatang baru

Trending Thu, 13 Aug 2020
Featured Wed, 23 Nov 2022

Simpati Dengan Petugas Media, Azad Jazmin Belanja Makan Di Istana Negara

Alhamdulillah.. semoga diluaskan lagi pintu rezeki Pak Azad

Trending Fri, 5 Jun 2020

Tambahan RM50 Juta Untuk Skim PEKA B40

Berita baik buat golongan B40

Trending Wed, 12 Jun 2019

Selepas Azwan Ali, Giliran Ummi Hafilda Komen Video ‘Panas’ Lelaki Mirip Azmin Ali

Sepanjang Ramadan tiap solat aku mengangkat tangan datang lah kebenaran siapakah dua durjana ini yg tidak layak memimpin negara.

Featured Sun, 18 Apr 2021

Bayi Dalam Kandungan Meninggal Dunia, Faralyna Akur Takdir Tuhan

Pelakon, Faralyna Idris berdepan dengan ujian yang tidak diduga apabila bayi yang masih dalam kandungannya pulang menemui ilahi. Sehari sebelum umat Islam menyambut puasa, Faralyna kehilangan zuriat ketiga yang diberi nama Muhamad Farid Muhammad Fikri […]

error: Content is protected !!