Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: Salma Syahbuddin September 18, 2018 @ 8:00pm

Biar Betul, Hand Sanitizer Sebenarnya Berbahaya!

Asal pegang benda kotor je, nak minta hulur hand sanitizer! Lap meja kat kedai makan pun nak kena pakai hand sanitizer! Haa, mengaku cepat siapa yang ada tabiat macam ni?

Sebenarnya penggunaan hand sanitizer secara kerap boleh mendatangkan keburukan tau! Jom xtra kongsikan beberapa sisi negatif penggunaan hand sanitizer atau pembersih tangan ini.

  1. Tindak Balas Tubuh Terhadap Antibiotik Berlebihan

Sebut sahaja antibiotik, pasti ramai sudah sedia maklum penggunaannya terhadap keberkesanannya membunuh bakteria. Namun, hati-hati takut nanti bakteria baik kat dalam badan juga turut dibunuh dan seterusnya menggalakkan pengaktifan bakteria jahat pula dalam badan anda.

 

     2. Boleh Melemahkan Sistem Imun Badan 

Kalau tips di nombor pertama tadi boleh mengganggu sistem antibiotik badan anda, sudah pasti penggunaan hand sanitizer yang berlebihan juga dapat melemahkan sistem imun badan. Ini kerana, menurut penelitian yang dilakukan oleh pakar. Triclosan yang lazimnya terkandung dalam hand sanitizer ini adalah sangat membahayakan sistem imuniti badan. 

Malah, kanak-kanak atau remaja yang terdedah terhadap triclosan ini juga sangat mudah dijangkiti penyakit seperti demam dan alergi.

    3. Risiko Keracunan Alkohol

Terdapat kes yang melibatkan seorang remaja berasal dari California, Amerika syarikat telah dikejarkan ke hospital akibat mengalami keracunan alkohol yang dipercayai terkandung dalam hand sanitizer. Jadi ingat! jangan terlalu obses dan bergantung kepada penggunaan hand sanitizer semata-mata okay! Maklumlah, elemen bahan aktif yang terdapat dalam cairan hand sanitizer ini mengandungi antibakteria beralkohol bertujuan membunuh kuman.

  4. Hormon Boleh Terganggu!

Food and Drug Administration (FDA), Amerika Syarikat membuktikan bahawa kandungan triclosan juga boleh menyebabkan gangguan hormon sekaligus menyebabkan pembiakan bakteria jahat mengubah sistem organ dalaman. Takutnya!

   5. Mengandungi Bahan Kimia

Untuk pengetahuan anda, apa sahaja jenis produk yang berbau wangi pastinya mengandungi bahan kimia beracun. Ya! beracun.Dan pewangi sintetik sebenarnya  mengandungi ftalat. Bahan ini sebenarnya boleh mengganggu sistem endokrin tubuh dan meniru hormon, seterusnya berupaya mengubah sistem genital manusia. 

Jadi, kepada yang suka bergantung kepada hand sanitizer tu, bolehlah google dan cari sendiri bagaimana mahu menggunakan hand sanitizer secara betul dan tepat ye!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 6 Aug 2019

Awas! Tujuh Produk Kosmetik Dikesan Ada Bahan Kimia Beracun

Sebelum membeli cari informasi tentang status produk kosmetik dan ubatan di laman sesawang rasmi NPRA

Featured Tue, 17 Oct 2023

Tiga Bulan Rangka Persiapan Konsert, Fourtwnty Akui Banyak ‘Berehat’

Tak sabar nak pergi konsert Fourtwnty Ahad ni gaissss!🙌

Featured Sat, 13 May 2023
Featured Tue, 26 Apr 2022

Iman Troye Dedah Teman Lelaki? Peminat Lelaki Patah Hati

Peminat lelaki patah hati dapat tahu Iman Troye sudah berpunya.

Hiburan Sat, 10 Aug 2019

Alahai…Lepas Warna Kulit, Lutut Haneesya Hanee Pula Dikecam!

Edit kena kecam, tak edit pun kena kecam…

Drama Fri, 13 Jan 2023

Tampil Barisan Bakat Baharu, Bawah Blok Hiasi Slot Lestary TV3!

Drama bersiri Bawah Blok terbitan Tanah Beris Film Production hadir menghiasi slot Lestary TV3. Naskhah ini mengisahkan lima remaja yang tinggal di sebuah rumah flat kos rendah dan selalu menjadikan kawasan bawah blok kediaman sebagai tempat […]

Featured Wed, 11 May 2022
Hiburan Thu, 5 Oct 2023
error: Content is protected !!