Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom October 4, 2019 @ 12:15am

Payudara bernanah mungkin abses payudara

Memang banyak kebaikan susu ibu yang telah dibuktikan secara saintifik, antaranya bayi yang menyusu badan jarang mengalami cirit-birit atau jangkitan saluran pernafasan, malah kurang mendapat gangguan gastrousus (masalah dengan perut dan usus) dan alahan.

Menyusu badan juga adalah cara semula jadi untuk ibu menjalin hubungan dengan bayi, selain mampu meningkatkan perkembangan fizikal dan mental si kecil.

Bukan itu saja, penyusuan badan juga mempunyai kebaikan jangka panjang pada perkembangan emosi dan psikologi bayi.

Penyusuan memberi banyak manfaat kepada ibu dan juga bayi. Gambar hiasan/Alodokter

Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, setiap wanita digalakkan memberi susu badan sepenuhnya sehingga bayi berumur enam bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.

Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu payudara ibu yang menyusu boleh terkena abses payudara (breast abscess) yang menyebabkan adanya bisul pada payudara. 

Apa yang menyebabkan abses payudara?

Abses payudara sering dikaitkan dengan mastitis, keadaan yang menyebabkan radang pada payudara dan lazimnya berlaku ketika seseorang wanita itu dalam tempoh penyusuan.

Keadaan ini berpunca apabila wanita yang menyusu dijangkiti bakteria yang memasuki tisu payudara, atau jika saluran susu (tiub kecil yang membawa susu) tersumbat, sekali gus menyebabkan berlaku mastitis. Tanpa rawatan sewajarnya, mastitis akan menjadi punca pembentukan nanah.

Wanita yang tidak menyusu juga boleh terkena mastitis jika bakteria memasuki saluran susu melalui puting sakit atau retak, atau menerusi puting yang ditindik. Wanita yang merokok lebih berisiko mendapat mastitis walaupun tidak menyusukan bayi.

Abses payudara boleh menyebabkan:

  • Kemerahan di sekitar payudara
  • Berasa panas
  • Kulit di sekitar payudara membengkak
  • Menyebabkan suhu tinggi (demam)

Jika anda mengalami tanda-tanda ini segeralah bertemu dengan doktor.  Usah khuatir kerana prosedur merawat abses payudara tidak memerlukan pembedahan dan lazimnya hanya diberi antibiotik untuk merawat jangkitan.

Seandainya disahkan mempunyai abses payudara, cecair atau nanah di payudara akan disedut keluar hanya dengan menggunakan picagari dan jarum suntikan. Untuk kes abses yang lebih besar, potongan kecil mungkin diperlukan untuk mengeluarkan nanah.

Jika simptom berterusan selepas mengambil antibiotik, doktor mungkin akan melakukan imbasan ultrasound bagi mengenal pasti masalah yang dihidapi.

Semoga bermanfaat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 Sep 2019

Malu dengan perut buncit? Hilangkannya dengan senaman ini

Lakukan dengan konsisten, pasti nampak perubahannya!

Featured Mon, 4 May 2020

Belum sempat menyarung sut perkahwinan, Doktor muda ini gugur kerana COVID-19

Menundakan perkahwinannya demi berkhidmat untuk negara

Featured Thu, 18 Jun 2020
Featured Mon, 1 Oct 2018

Menurut Kajian Makmal, Teh Hijau Mampu Halang Sel Kanser Untuk Terus Aktif

Teh hijau membantu memulih dan memperbaharui sel yang telah dicemari sel kanser.

Featured Tue, 18 Dec 2018

Selama Ini Anda Bersangka Baik Dengan Vitamin, Tetapi Tahukah Anda Kesan Sampingannya?

Pengambilan vitamin secara berlebihan memberi kesan sampingan kepada kesihatan.

Sihat Thu, 27 Sep 2018

Doktor Ini Jelaskan Esen Vanila Bukan Penawar Sakit Gigi! Hati-Hati Dengan Petua Di Internet

Esen vanila hanya kebaskan saraf saja, tapi ia tetap memudaratkan!

Featured Mon, 13 Apr 2020
Featured Wed, 18 Mar 2020

Perintah Kawalan Pergerakan mungkin dilanjutkan

Kerjasama setiap rakyat dapat kekang penularan COVID-19

Featured Sun, 26 Aug 2018

4 Jenis Teh Yang Boleh Bunuh Lemak-Lemak Degil Dalam Badan

Lagi bagus anda minum teh ini tanpa gula!

Featured Thu, 2 Aug 2018

Jangan Tahan Bersin Jika Tidak Mahu Saluran Dalam Otak Pecah

Menahan bersin berkemungkinan menyebabkan tekak, gegendang telinga atau saluran darah dalam otak pecah.

error: Content is protected !!