Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri January 16, 2018 @ 12:42pm

5 Tips Mudah Lajukan Komputer

Pasti anda tertanya-tanya mengapa komputer yang anda gunakan selama ini semakin lama semakin perlahan.

Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada permasalahan itu dan kadang-kala ia hanya memerlukan satu kali restartsahaja, dan selepas itu ia kembali seperti sedia kala.

Ok mungkin restart pun tidak membantu, mungkin anda boleh cuba 5 tips mudah ini dan diharapkan laptop dan komputer anda boleh memproses lebih laju seperti sediakala.

1. Cari program yang “terlampau aktif”

Caranya adalah dengan memantau melalui Task Manager. Klik kanan pada Taskbar dan pilih “Task Manager” atau tekan Ctrl+Shift+Esc untuk membukanya.

Jika salah satu kolum  berwarna merah, ia bermaksud ada perisian atau program yang beroperasi secara berlebihan. Tekan pada..

  • CPU atau
  • Memory atau
  • Disk

…dan perisian akan disusun.

Cuba tutup perisian secara normal, dan apabila tidak berjaya, anda boleh klik kanan dan tekan End Task.

 

2. Tutup program yang berada dalam System Tray

Kebanyakkan program yang berada dalam System Tray atau ruang notifikasi ini adalah program yang dilancarkan padastartup.

Sebab itu kadang-kala komputer yang baru dihidupkan agak lambat sedikit kerana terlalu banyak perisian yang hendak dilancarkan. Selain itu perisian itu akan kekal beroperasi pada latarbelakang dan mungkin menggunakan RAM atau Disk secara berlebihan.

Kenal pasti dan tutup perisian yang tidak penting.

 

3. Lumpuhkan program permulaan.

Tak faham? ok disable startup program. Langkah ini dapat menjimatkan penggunaan CPU dan memori pada awal anda menghidupkan komputer. Dalam bahasa mudah proses log masuk lebih cepat.

Pada Windows 8 dan keatas, fungsi startup boleh diakses melalui Task Manager dengan menekan tab Startup. Seperti biasa pilih aplikasi yang tidak penting dan lumpuhkan ia. Perhatian jangan disable Antivirus ya, melainkan anda advanced user.

 

4. Kurangkan animasi

Kesan visual sememangnya sangat menarik  dan sedikit sebanyak membantu anda dalam menggunakan komputer. Pada Windows 10, Microsoft banyak menambah kesan animasi ini supaya sistem operasi itu lebih mesra pengguna.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang menggunakan komputer lama, kesan visual dan animasi ini boleh memperlahankan komputer anda. Berikut merupakan langkah-langkah untuk mematikan kesan visual.

  • Control Panel>System and Security>System
  • Dibahagian kiri ada pilihan Advance System Settings, klik
  • Tetingkap System Properties akan muncul, pergi ke bahagian Performance dan tekan Settings
  • Akan terpapar tetingkap Performance Options dengan pilihan;
    • Adjust for best performance (prestasi maksimum, tapi takut korang tak biasa pula)
    • Custom (Boleh ikut senarai dibawah untuk matikan beberapa kesan visual)
      • Animate windows when minimizing and maximizing
      • Animations in the taskbar and Start Menu
      • Enable transparent glass
      • Fade or slide menus into view
      • Fade or slide ToolTips into view
      • Fade out menu items after clicking
      • Show shadows under windows
      • Slide open combo boxes

Anda bebas memilih mana-mana kesan visual bersesuaian dengan penggunaan anda.

 

5. Bersihkan cakera keras

Pergi ke bahagian Start dan taip Disk Cleanup, ia merupakan salah satu perisian utiliti dari Microsoft. Pilih cakera keras mana yang hendak dibersihkan, contoh: C.

Disk Cleanup berfungsi mencari “sampah” dan fail-fail tidak berguna seperti…

  • Fail yang bersifat sementara
  • halaman web luar talian
  • fail pemasang di dalam PC (installer)

Nanti akan muncul tetingkap dengan pilihan fail yang boleh dipadam. Pilih dan padam.

Ok itu sahaja buat masa ini. Kalau ada penambahan lain boleh kongsikan di ruang komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 22 Jul 2018

CEO OnePlus Akui Model OnePlus X Merupakan Produk Yang Gagal

OnePlus terkenal dengan jolokan flagship killer dimana hadir dengan peranti berspesifikasi tinggi tetapi dijual pada harga yang berpatutan. Cubaan melebarkan sayap dalam pasaran pertengahan pada 2015 melalui OnePlus X, dilihat tidak seperti apa yang dirancang kerana gagal […]

TECH Sat, 16 Feb 2019

Cara Mengatasi Masalah Muat Turun Tergendala Pada Playstore

Adakah anda pernah memuat turun sesuatu aplkasi di Apps Store tetapi tidak dapat memuat turun sepenuhnya? Ketahui cara-cara mengatasinya disini.

TECH Tue, 18 Dec 2018

Tips untuk Meningkatkan Grafik PUBG di Android ke Flat Tepat

Ingn grafik yang cantik masa bermain PUBG ikuti langkah ini

TECH Wed, 19 Sep 2018

The New Apple Watch Could Just Save Lives

There are several interesting health features in the new watch.

TECH Thu, 16 May 2019

Finding it Hard Getting Organised this Ramadan? Check These Helpful Apps Out

You can plan where to buka puasa, what to prepare for sahur, and even provide meals for the less fortunate!

TECH Mon, 22 Jan 2018

Cara Install Always On Display di Semua Smartphone Samsung Tanpa Root

smartphone Android tidak mati dengan menampilkan jam, kalender hingga notifikasi tertentu.

TECH Wed, 11 Jul 2018

Ikuti Langkah Berikut Dan Rebut Peluang Untuk Dapatkan Asus ZenFone 5 Pada Harga RM1

Bagi anda yang terlepas menyaksikan penstriman secara langsung di Facebook Lazada tempoh hari, platform jualan beli-belah dalam talian itu ada mengadakan tawaran menarik, “RM1 Frenzy” bersama Asus. Anda mahu rebut peluang memiliki peranti ZenPower Slim atau ZenFone Max Pro atau Zenfone […]

TECH Tue, 28 Aug 2018

苹果卖得最好的产品,其实不是iPhone?

前段时间苹果市值突破一兆美元,谁都无法否认其中iPhone是最大贡献者,Q3财报中iPhone营收占比达56%,在大部分人印象中iPhone无疑是苹果最畅销的产品。

TECH Sun, 10 Nov 2019

Cara Merakam Video pada Pelayar Chrome

Kepada anda yang ingin merakam aktiviti atau video pada paparan pelayar Chrome berikut kami kongsikan salah satu alternative yang boleh dicuba. Pertama sekali buat carian Screencastify pada Google, buka pautan tersebut maka akan muncul paparan dibawah. Klik […]

TECH Sun, 4 Feb 2018

Tips Aktifkan Fungsi Rakaman Skrin Pada iPhone

Pernahkah anda menggunakan Screen Recorder? Fungsi Screen Recorder sememangnya tidak asing lagi pada peranti pintar.

error: Content is protected !!