Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops October 30, 2019 @ 11:35am

Selalu cuci lantai tapi terlepas pandang cuci dinding rumah? Ketahui bahayanya

Ramai ibu bapa yang mungkin risau atau tidak menggalakkan anak mereka bermain di luar rumah kerana memikirkan risiko keselamatan dan juga faktor kebersihan yang mungkin dihadapi oleh anak mereka, namun adakah ibu bapa pasti tahap kebersihan mahupun keselamatan anak akan lebih terjamin jika mereka bermain di dalam rumah?

Gambar hiasan/ Sumber: Pinterest

Menyentuh soal kebersihan di dalam rumah, mungkin ibu bapa sudah mengambil inisiatif untuk kerap menyapu dan mencuci lantai bagi mengelakkan anak terkena jangkitan bakteria dan sebagainya. Bagaimanapun, pernahkah ibu bapa mencuci dinding di rumah?

Tidak keterlaluan untuk dikatakan rata-ratanya mungkin tidak tahu atau tidak peduli mengenai tahap kebersihan dinding rumah. Mungkin ada yang terlepas pandang berkenaan kepentingan menjaga kebersihan dinding, namun tahukah ibu bapa sekalian, dinding juga tidak terkecuali daripada terkena penularan bakteria.

Malah, dinding menjadi permukaan terbesar di dalam rumah yang tidak bersih dan mengumpul banyak bakteria yang boleh menyebabkan penyakit.

Gambar hiasan/ Sumber: Ali Express

Menerusi laman sesawang Pop Mama, Dr Ulul Albab berkongsi maklumat mengenai ada pelbagai jenis bakteria terdapat di permukaan dinding antaranya E Coli dan Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA).

Bakteria ini mampu menyebabkan seseorang itu terkena jangkitan seperti iritasi kulit, demam, cirit-birit serta infeksi di saluran pernafasan. Justeru, ibu bapa perlu menitikberatkan soal kebersihan dinding agar anak tidak mudah jatuh sakit.

Berikut merupakan antara panduan yang boleh diikuti untuk menjaga kebersihan dinding rumah:

tip penjagaan dinding

Gambar hiasan/ Sumber: Unsplash

1. Mencuci dinding sekurang-kurangnya dua kali seminggu

2. Menggunakan kain mikro fiber untuk mencuci debu kotoran

3. Membersihkan dinding rumah menggunakan air suam dan campuran sabun. Jika ingin lebih bersih, boleh ditambahkan cuka ke dalam air suam. Campuran ini bukan sahaja mampu menanggalkan kesan kotoran pada dinding, malah kandungan yang terdapat dalam cuka mampu menghapuskan bakteria yang ada.

4. Elakkan menggunakan produk pembersih yang mengandungi alkohol. Ia boleh menyebabkan lapisan cat dinding rosak dan meninggalkan noda cerah.

5. Gunakan jenis cat yang berkualiti yang mengandungi fungsi anti-bakteria agar dinding lebih bersih dan terjamin

Semoga panduan yang dikongsi memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana mengenai kepentingan menjaga kebersihan dinding rumah.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Dec 2022
Featured Mon, 19 Jan 2026

“Saya Tidak Salahkan Sesiapa, Allah Pilih Bumi Anbiya Sebagai Tempat Terakhirnya” – Suami Allahyarham Nadia Kesuma

Meskipun sedih dengan pemergian isteri tercinta, Nadia Kesuma, suaminya, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah menzahirkan rasa reda dengan ujian yang menimpa.

Featured Fri, 1 Jul 2022

[VIDEO] Shuk Sahar Hadir Ke Mahkamah, Netizen Berang Acah Jadi Mangsa Keadaan – “Macam Dia Yang Tersakiti”

Dalam perkahwinan tiada siapa yang inginkan perpisahan 🥺 Kesian pada anak-anak.. Apapun, min doakan semoga dipermudahkan semuanya.

Featured Sat, 8 Dec 2018

Manfaat Menggeliat Yang Anda Tak Tahu

Bila anda tahu manfaat ini, anda akan menggeliat dengan bergaya setiap hari!

Featured Fri, 21 Feb 2025

Dipanggil Gila Hingga Alami Trauma, Loca B Dakwa Mentua Sebar Fitnah Terhadap Anak & Keluarga?

Trauma yang dialami Loca B sudah dirasai sejak 3 tahun lalu.

error: Content is protected !!