Gaya Hidup By: tex_admin November 12, 2019 @ 2:55pm

A.Day Lifestyle tawarkan produk gaya hidup tempatan dengan 1001 cerita

Oleh Amnan Hibrahim

Berita mengenai keunikan dan juga kehalusan hasil kerja artis dan pereka tempatan dalam menghasilkan produk yang memenuhi keperluan gaya hidup masyarakat tempatan bukanlah sesuatu yang asing.

Malahan, terdapat juga  artis mahupun pereka tempatan, di mana produk mereka telah mendapat pengiktirafan yang membanggakan serta tempat di pasaran luar negara.

Turut melahirkan penghargaan terhadap produk buatan tempatan ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Wan Azizah Ismail apabila beliau dengan bangganya berkongsi di laman Instagrammnya mengenai beg tangan hasil buatan kraftangan tempatan yang dipakainya baru-baru ini.

Namun begitu, kebanyakan artis mahupun pereka tempatan mengalami kesukaran untuk bersaing dengan jenama-jenama besar dalam memasarkan produk mereka di pasaran tempatan  

Sedar akan perlunya satu ruang yang khusus dalam memasarkan produk gaya hidup hasil ciptaan artis dan pereka tempatan, A.Day Lifestyle, kedai pertama yang seumpamanya di Malaysia menjual barangan hasil daripada ciptaan lebih 100 artis dan pereka tempatan dilancarkan di Intermark Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini..

Adelyne (tiga dari kanan) merasmikan pembukaan A Day Lifestyle Concept Store, di Intermark Mall. NSTP/MOHD YUSNI ARIFFIN.

Pelbagai jenis barangan ditawarkan di A.Day Lifestyle, antaranya barangan dapur diperbuat daripada kayu yang mesra alam sekitar, aksesori wanita buatan tangan, produk kecantikan harian, selendang yang rekaanya diinspirasi daripada lukisan, hiasan rumah, sehinggalah baju-baju yang direka khusus untuk wanita.

Pengasas A.Day Lifestle, Adelyne Tan, berkata kewujudan kedai ini yang turut melibatkan kerjasama daripada Pavilion REIT berjaya direalisasikan selepas hampir dua tahun beliau bersama kumpulannya mengumpul dan memilih produk ciptaan artis serta pereka tempatan untuk dipasarkan di pasaran tempatan.

“Sepanjang dua tahun kami menguruskan produk-produk tempatan, lebih 800 orang artis dan pereka tempatan yang produk mereka dinilai dan dipasarkan di sepanjang tempoh berkenaan.

“Bagi produk yang dijual di A.Day Lifestyle, kami memilih hasil kerja daripada 100 orang artis dan pereka terbaik tempatan. Hal ini bukanlah sesuatu yang mudah bagi kami,” katanya semasa ditemu bual pada majlis pelancaran kedai berkenaan.

Adelyne Tan ditemui selepas Majlis Perasmian A.Day Lifestyle Concept Store, Intermark Mall. NSTP/MOHD YUSNI ARIFFIN.

Adelyne turut berkongsi pandangannnya akan kepentingan platform seperti A.Day Lifestyle terhadap artis dan pereka tempatan dalam usaha mereka untuk menonjolkan keunikan yang ada dalam masyarakat Malaysia.

“Tanpa medium yang kukuh, kebanyakan artis-artis tempatan akan mengalami kesukaran untuk memperkenal dan memasarkan produk-produk mereka,” katanya.

Salah seorang artis yang memasarkan jenama Hornbill Time and Wear dan dijual di A.Day Lifestyle, Syazleen Sies, berkata beliau mula tertarik untuk memasarkan barangannya di kedai ini selepas pertama kali melawatnya beberapa bulan yang lepas.

Syazleen bersama dengan produk jam tangan, Hornbill Time and Wear. Foto: Archive Hijab & Heels

“Ketika lawatan pertama saya ke sini bersama rakan kongsi, kami sangat teruja dan merasakan tempat ini adalah tempat yang sesuai untuk menjual produk kami, yang kami rasakan amat sukar untuk ditemui oleh orang ramai.

“Walaupun produk kami terjual dengan agak baik di bazar-bazar yang kami sertai, tapi pada masa yang sama kami turut mengalami kesukaran untuk mengekalkan prestasi tersebut dari satu tempat ke tempat yang lain. 

Sehubungan dengan itu, Syazleena percaya medium tetap yang disediakan oleh A.Day adalah sangat penting untuk memasarka produk mereka.

Antara barangan yang dijual di A.Day Lifestyle Concept Store, Intermark Mall. NSTP/MOHD YUSNI ARIFFIN.

Mengulas mengenai produknya, Syazleena berkata Hornbill Time and Wear adalah jenama jam tangan dan sarung kaki yang bermotifkan batik.

“Kami cuba untuk memasukkan kembali elemen seni batik ke dalam aksesori pakaian yang dipakai oleh masyarakat kita secara tidak langsung.

“Dengan produk jam tangan dan sarung kaki jenama kami, pengguna tetap mampu menonjolkan unsur kebudayaan kita secara halus tanpa perlu membuang gaya kontemporari yang menjadi gaya semasa,” katanya ketika ditemu bual.

Sementara itu, Chee Li Har, pemilik jenama GoCHeeKS yang menjual beg tangan skaf di A.Day Lifestyle berkata beliau amat tertarik dengan konsep perniagaan yang ditekankan oleh kedai berkenaan.

Chee Li Har menunjukkan lukisan yang telah diterjemahkan kepada skaf jenama GoCHeeKS yang dipakainya. Foto: Archive Hijab & Heels

“Apa yang dijual di kedai ini bukanlah barangan, tetapi cerita-cerita di sebalik barangan yang dijual. Tambahan pula, pekerja-pekerja di sini juga melakukan kerja mereka dengan sangat baik dalam memperkenalkan produk-produk yang dijual.

“Jika anda bertanyakan kepada mana-mana pekerja di sini berkenaan dengan barangan yang dijual, mereka akan menceritakan kepada anda kisah di sebalik setiap rekaan dan hasil kerja artis dan pereka produk tersebut.

Hal yang demikian menurut Chee adalah satu keunikan yang tidak akan didapati oleh pembeli daripada kedai-kedai biasa yang terdapat di pusat beli-belah.

Orang ramai berpeluang melihat barangan yang terdapat, di A.Day Lifestyle Concept Store, Intermark Mall. NSTP/MOHD YUSNI ARIFFIN.

“Sebagai contoh, setiap rekaan motif pada skaf dan beg tangan jenama saya diambil daripada lukisan saya yang didigitalkan. Tambahan pula, setiap produk hanya dihasilkan satu sahaja bagi setiap rekaan.

“Hal ini menjadikan keunikan setiap produk saya adalah sama seperti sesebuah lukisan yang dihasilkan oleh seorang pelukis,” katanya yang pernah bekerja sebagai pegawai bank selama 30 tahun sebelum menceburkan diri dalam bidang seni pada tahun 2010.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 20 Apr 2018

Anda Sakit Otot Selepas Bersenam? Ini Cara Terbaik Untuk Merawatnya

Bila bersenam, memang tak sah kalau tak sakit, tapi bolehkah kita elakkan daripada berlaku?

Featured Fri, 17 May 2019
Featured Sat, 7 Jan 2023

Kongsi Tip Nikah Dua, Nurul Zahid Akui Nikmat Perkahwinan Poligami

Sering memberi kenyataan mengenai keindahan berpoligami, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sekali lagi menjadi perhatian warganet setelah memuat naik satu hantaran di laman TikTok. @dnznurulCaption di IG sy – @nurul.zahid Kepada lelaki, jangan berselindung disebalik Sunnah […]

Gaya Hidup Mon, 3 Jun 2019
Featured Thu, 19 Mar 2020

Seramik Rohana letak Malaysia di peta dunia

Setanding buatan luar negara

Featured Fri, 5 Jul 2019

Influencer jelmaan ‘kembar’ selebriti

Iras wajah mereka mengelirukan!

Gaya Hidup Mon, 10 May 2021

Rekaan Anggun Busana Muslimah Dapat Sambutan

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sambutan yang diterima daripada pelanggan FaraAlya. Walaupun jenama ini baru sahaja dilancarkan pada April yang lalu, kesemua rekaan habis dibeli. Ini sebenarnya membakar semangat saya untuk terus berbisnes,” kata Datin Hamizan […]

Featured Mon, 13 Jan 2020

Muflis pada usia muda, ini puncanya?

Nafsu dan pengurusan wang yang lemah!

Featured Mon, 27 Apr 2020

Bekalan darah semakin berkurangan, penderma darah dibenar menderma darah

Waktu operasi derma darah bermula jam 10 pagi dan 10 malam.

Gaya Hidup Sat, 14 Apr 2018

Bercitarasakan Lokal, Aiskrim Teh Tarik Resipi Wajib Dicuba Anda. Yummy!

Bagi mereka yang bosan dengan perisa aiskrim biasa seperti vanilla, coklat dan strawberi atau sememangnya tekak teringin mencuba perisa bercitarasakan lokal, resipi Ais Krim Teh Tarik ini kami sarankan untuk dicuba anda di rumah.