Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 30, 2018 @ 11:30am

Hamil Anak Keempat, Nourul Wahab Mengidam Kuih Tradisional

Tahniah buat penyanyi Nourul Wahab Depp yang bakal menimang cahaya mata keempat tak lama lagi.

Menurut isteri kepada Eric Daniel Depp, dia bersyukur diberikan peluang untuk hamil lagi pada usia 41 tahun.

 “Sebenarnya, suami berulang kali merayu supaya saya mengandung lagi. Alhamdulillah, doanya dimakbulkan, malah anak-anak terutama Ayu (Nazirah) pun berkongsi kegembiraan kerana keluarga kami akan lebih meriah,” katanya kepada BH Online.

Rumah tangga Nourul bersama lelaki Perancis terbabit diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3, manakala bersama bekas suami, Ajai, mereka mempunyai anak perempuan yang sudah mencecah usia 20 tahun, Ayu.

Berkongsi keadaan kesihatannya, akui Nourul, dia memang tidak mengalami sebarang alahan sepanjang kehamilan terdahulu, cuma kali ini dirinya mengidam kuih tradisional.

“Entah kenapa, saya teringin sangat makan kuih dangai yang berasaskan kelapa. Mujurlah kami dapat cari di sekitar sini saja. Begitu juga dengan apam manis.

“Setakat ini, stamina saya pun macam biasa dan masih boleh bekerja. Begitupun, baru-baru ini saya berdepan masalah selesema dan sakit tekak yang teruk, sehingga terpaksa membatalkan satu persembahan disebabkan kehilangan suara.

“Saya pula tidak boleh mengambil ubat yang kuat kerana masih pada peringkat awal kehamilan. Jadi, buat waktu ini saya kena rehatkan tekak dulu. Apa pun, jika sudah sihat sepenuhnya nanti saya masih boleh mengambil undangan menyanyi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nourul bakal terbang ke Paris November depan bagi urusan pengedaran album berbahasa Perancisnya, Humaine. Good Luck Kak Nourul!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Apr 2025

Hael Husaini Kini Bahagia, Bakal Tamat Zaman Bujang Dalam Masa Terdekat

Hel menyerahkan soal jodoh kepada yang maha Esa.

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Terus Cipta Nama Sebagai Jurusolek Selebriti, Azmier Hisyamuqris Jadikan Pesanan Arwah Ayah Sebagai Azimat

Azmier Hisyamuqris mendedahkan kehilangan insan yang paling banyak menyokongnya itu membuatkan dunia terasa kosong seketika.

Events Wed, 20 Mar 2019

Zouk Genting: Visuals and Sound System to Get Your Heart Pumping

It’s THE ultimate night out you can’t forget.

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Kilafairy “Belanja” Apa Pula Kali Ni?

Tapi, Kilafairy memang seksi pun…

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Dah Lama Berehat, Pelakon Cilik Ini Dah Mula Bekerja

Menurut ibunya, Norashikin Mohd Aziz memaklumkan anaknya cukup teruja untuk kembali berlakon di mana kesihatan kanak-kanak itu beransur pulih.

error: Content is protected !!