Euforia Bola 2026
Acara By: Shaidah Shafie November 24, 2019 @ 12:11pm

Perkakasan memasak pintar Pasifica senangkan tugas di dapur

Perkakasan memasak pintar Pasifica dijangka memudahkan tugas wanita bekerja atau ibu-ibu menyediakan hidangan enak dan berkhasiat untuk dinikmati seluruh ahli keluarga di rumah meskipun pulang lewat petang.

Dua perkakasan inovatif berkenaan daripada Siri Foodsmith, The Vortex dan The Forge masing-masing mempunyai fungsi tersendiri dalam penyediaan makanan yang sebelum ini mungkin dianggap leceh oleh wanita atau ibu yang mempunyai kekangan masa untuk memasak.

John Thi berucap pada Majlis Pelancaran Keluaran Terbaru Siri Foodsmith The Forge and The Fortex, di Menara Lien Hoe. NSTP/ROHANIS SHUKRI.

Pengurus Besar Pacifica, John Thi, berkata pihaknya sentiasa berusaha dan menyediakan penyelesaian terbaik bagi meredakan tugas memasak yang lazim dianggap remeh dan memakan masa, lebih-lebih lagi kini masyarakat sudah terbiasa dengan makanan yang dibeli secara dalam talian dan dihantar ke rumah atau ke pejabat.

“Kami teruja untuk memperkenalkan kedua-dua perkakas revolusi pintar ini ke pasaran kerana masa adalah komoditi yang sangat berharga terutama bagi professional selain tugas memasak juga menjadi lebih pantas dan cepat.

“Dengan penggunaan perkakasan ini, ia membantu menjimatkan masa dan usaha  tanpa mengabaikan manfaat makanan berkhasiat  yang disediakan di dapur sendiri selepas seharian bekerja,” katanya dalam ucapan ringkas ketika melancarkan produk berkenaan, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Kumpulan Key Alliance, Datuk Zaidi Hashim.

Pacifica adalah pakar dalam peralatan dapur seperti hud dapur, hob dapur, ketuhar gelombang, ketuhar gelombang mikro dan ketuhar wap. Memberi keutamaan pada teknologi, reka bentuk inovasi dan prestasi sebagai faktor utama, Pacifica juga fokus terhadap usaha membawa produk luarbiasa yang praktikal, bergaya dan berorientasikan keluarga ke pasaran Malaysia.

Keluaran terbaru siri Foodsmith The Forge and The Fortex. NSTP/ROHANIS SHUKRI.

John Thi berkata, kedua-duanya dihasilkan dengan rekaan yang berupaya merealisasikan pendekatan masakan moden dan gourmet kepada masakan harian untuk wanita Malaysia.

“The Forge dilengkapi Teknologi Pengesktrak Stim Unggul (Superior Steam Extraction Technology) membolehkan masakan dihasilkan daripada pelbagai sudut di dalam periuk yang dihasilkan menggunakan keluli tahan karat, tidak bersalut dan tidak melekat.

“Sistem memasak yang teratur ini meningkatkan perisa umami dan asid amino manis dalam makanan, sekali gus menambah rasa dalam penyediaan makanan gourmet di rumah anda selain dilengkapi fungsi pensterilan unik yang menyingkirkan sehingga 99 peratus bakteria, selamat untuk pengsterilan botol susu bayi, peralatan makanan dan barangan kaca,” katanya.

Perkakasan memasak pintar, The Forge and The Vortex. NSTP/ROHANIS SHUKRI.

Dengan menggunakan The Forge juga, kopi boleh dihasilkan dalam masa singkat iaitu enam minit, ikan kukus (20 minit) dan ketam kukus (15 minit sahaja).

The Vortex pula katanya, dilengkapi dengan sistem Trek Pemanas Berganda (Double Track Heating) yang direka untuk memanaskan  kandungan di dalamnya sambil mengekalkan nilai nutrisi pemakanan dan perisa maksimum.

Chef Johnny Fua (kiri) menunjukkan cara memasak menggunakan perkakasan memasak pintar keluaran terbaru siri Foodsmith, The Forge dan The Fortex. NSTP/ROHANIS SHUKRI.

“The Vortex mengurangkan bunyi seperti yang dikeluarkan oleh cerek elektrik menjadikannya antara perkakas elektrik paling senyap di pasaran.

“Pengguna juga boleh menyediakan pelbagai jenis minuman termasuk kopi, jus, smoothie, susu soya dan lebih banyak lagi dengan pengisar kelajuan tinggi yang menghasilkan tekstur halus yang mana pengisar adalah perkakas utama untuk menghasilkan pelbagai jenis minuman,” katanya.

Jika memasak menggunakan The Vortex, sup ayam hanya memerlukan satu jam, sayur kukus (20 minit), kek kukus (40 minit) dan asam laksa (60 minit). Ada banyak lagi menu boleh disediakan dengan mengguakan The Forge dan The Vortex. Pastinya rutin memasak menjadi lebib cepat serta pada masa sama khasiat makanan tetap terpelihara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 20 Feb 2018

Gegaria Fest Bakal Gegarkan Kuantan Sabtu Ini! Mira Filzah, Elfira Loy, Scha Al-Yahya Antara Awek Cun Yang Ada

Setelah menggegarkan lokasi Plaza Angsana, Johor Bahru pada 3 Februari lalu, Gegaria Fest kini bakal menggegarkan pula Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 24 Februari ini.

Acara Sun, 26 Aug 2018

Are You Guys Ready? Jom Kasi Panas Konsert GegaRia #KitaPunya Pada 1 Sept Bersama 6 Artis Ohsem Ini!

Konsert #GegaRia Putrajaya membariskan nama-nama besar iaitu Bunkface dan Kugiran Masdo termasuk barisan penyanyi solo, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy dan Faizal Tahir.

Acara Tue, 22 Nov 2022

Festival Petaling Jaya International Folklore 2022 Bakal ‘Gegar’ Bermula 28 November.. Konsert Istimewa WINGS Jadi Tarikan!

Wow menariknya!! Ada konsert WINGS, dikir barat oleh Issey, wayang kulit Pok Chu, bunga api dan banyak acara menarik lain! Jangan lepaskan peluang pergi PJ Folklore 2022 okey! 🤩🤩🤩

Acara Thu, 1 Feb 2024

Jom Temui Finalis AJL38 ‘Meet & Greet Paling Ikonik’ Di Pasar Seni, 4 Februari Ini!

Jangan lupa temujanji dengan finalis kesayangan AJL38 korang Ahad ni!

Acara Fri, 3 Feb 2023

Erna Elliyana & Shuib Sepahtu Anjur Kamya Fest, Tampilkan 20 Selebriti Popular

Barisan selebriti popular seperti Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor 88, Wak Doyok, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, Bella Astillah, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol dan […]

Acara Wed, 10 Apr 2019
error: Content is protected !!