Euforia Bola 2026
Acara By: Padin September 13, 2025 @ 4:31pm

Ben Ali, Nadiyah Shahab Terus Sukses Kemudi ABxFGR… Kini Melebar Sayap ke Pulau Pinang, Brunei & London

Pasangan selebriti Ben Ali dan Nadiyah Shahab terus membuktikan kemampuan mereka sebagai penggerak utama apabila festival raya terbesar negara, Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya (ABxFGR) kembali dengan skala lebih besar pada tahun 2026.

Selepas mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai Pameran Festival Raya Terbesar di Malaysia selama dua tahun berturut-turut, ABxFGR yang dianjurkan bersama oleh My Events International dan Absolut Events & Management akan melebarkan sayap ke tiga destinasi baharu iaitu Pulau Pinang, Brunei Darussalam dan London.

Menurut penganjur, sambutan hangat dan permintaan tinggi daripada usahawan serta pengunjung menjadi dorongan untuk memperluaskan penganjuran festival ini ke peringkat antarabangsa. ABxFGR 2026 di Brunei akan berlangsung di Bridex International Convention Centre dari 27 Februari hingga 1 Mac, disusuli Pulau Pinang di PICCA Convention Centre pada 6 hingga 8 Mac, manakala Kuala Lumpur kekal menjadi lokasi utama di MITEC dari 13 hingga 16 Mac.

Lebih membanggakan, ABxFGR akan melangkah buat pertama kali ke luar negara melalui Absolut Bazaar x MYExpo London di Exhibition White City pada 2 dan 3 Mei 2026. Tidak seperti edisi raya, inisiatif ini bakal menjadi platform strategik memperkasa usahawan tempatan dengan peluang business-to-business (B2B) bersama pengedar, pembeli dan rakan kerjasama di Eropah.

Edisi London juga dijangka membuka jalan kepada penembusan eksport, memperkukuh pasaran halal global serta menyokong inisiatif Visit Malaysia Year 2026.

Sejak mula dianjurkan, ABxFGR telah merekodkan pencapaian luar biasa termasuk RM62.6 juta jualan, 7.95 juta pengunjung, 2,365 tapak reruai, lebih 2,000 usahawan, 400 jenama tempatan dan penyertaan 120 selebriti.

Kejayaan itu mengangkat ABxFGR sebagai pusat sehenti untuk membeli-belah sambil berhibur, selain memberi impak ekonomi besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Dengan penambahan Brunei serta London, peluang untuk usahawan tempatan menembusi pasaran global dijangka lebih cerah.

Antara tarikan utama yang akan dikekalkan termasuk Mini Absolut FoodFest dengan lebih 30 vendor makanan untuk juadah berbuka dan sahur, selain aktiviti interaktif seperti Wheel of Fortune, Money Chamber dan Happy Hour Sales.

Penganjur turut mendedahkan sambutan penyertaan vendor amat memberangsangkan. Ruang booth di Kuala Lumpur kini hanya berbaki 5% manakala di Pulau Pinang tinggal 25%, membuktikan keyakinan tinggi terhadap jenama festival ini.

“Dengan memperkenalkan budaya tempatan, produk halal asli, pengalaman kulinari unik serta tarikan pelancongan yang pelbagai kepada khalayak antarabangsa, langkah ini turut menyokong inisiatif Visit Malaysia Year 2026. Secara tidak langsung, ia memperkukuh jenama Malaysia di persada global serta meningkatkan peluang rentas sempadan dan kerjasama antarabangsa.”

ABxFGR yang dikemudi Nadiyah Shahab dan Ben Ali kini bukan sahaja menjadi festival raya paling berprestij di Malaysia, malah semakin diiktiraf sebagai platform gaya hidup dan perniagaan dengan potensi global.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 26 Aug 2022
Acara Sun, 24 Nov 2019

Perkakasan memasak pintar Pasifica senangkan tugas di dapur

Memasak lebih mudah dengan The Forge dan The Vortex!

Acara Tue, 26 Mar 2019
Acara Thu, 6 Sep 2018

Bahang Perang Poster ABPBH 31 Semakin Panas!

Kuasa Undi Kini Di Tangan Anda!

Acara Fri, 1 May 2020
Acara Wed, 18 Mar 2026

Bawa Ernie Zakri, Khai Bahar, Aina Abdul Meriahkan Festival… Rayme Zainal Teruja Gema Raya Putrajaya Dapat Respons Positif

Penyanyi dan usahawan Rayme Zainal menyifatkan penganjuran festival Gema Raya Putrajaya 2026 sebagai satu platform penting dalam memperkukuhkan ekosistem usahawan tempatan selain memberi manfaat kepada masyarakat. Menurut Rayme selaku Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd, […]

Acara Wed, 20 May 2020

Jenama kecantikan Korea, Mamonde jalin kerjasama dengan Umma

Tampil cantik dan anggun pada Aidilfitri

Acara Thu, 15 Mar 2018

Gegaria Fest Cabar Penduduk Ipoh Pecah Rekod ‘Fitness Dance’ di Kuantan, Pahang! Ada Berani?

Festival GegaRia kali ini juga turut memperkenalkan pengisian baru iaitu pertandingan Dance Off Challenge, bagi merancakkan lagi program sesi pagi yang bakal berlangsung di Dataran Amanjaya, Ipoh, Perak, pada 24 Mac depan.

Acara Mon, 20 Jan 2020
error: Content is protected !!