Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 3, 2018 @ 5:00pm

Lepas Gong Nekara, Duo Popular Ini Bakal Duet Dengan ‘Sifu’

Gabungan dua anak muda ini menerusi lagu Gong Nekara ternyata memang menjadi. Siapa sangka lagu bertajuk unik ini mampu mencuri perhatian ramai.

Menurut Kmy Kmo dan Luka Sickta kepada xtra.com baru-baru ini, mereka bakal masuk ke studio rakaman tak lama lagi untuk menghasilkan single kedua.

“ Lirik dan lagu semua dah siap. Hanya tunggu masa untuk masuk studio. Untuk lagu rap terbaru ini kami bakal berduet dengan ‘sifu’ terkenal.

“ Buat masa ini biarlah kami rahsiakan dulu tetapi apa yang kami boleh katakan, beliau memang ‘sifu’ bagi kami berdua,” kata Kmy.

Dalam pada itu, Luka Sickta berharap single kedua ini nanti bakal mengulangi kejayaan Gong Nekara kerana ‘buah tangan’ terbaru mereka ini lebih BOOM.

“ Bukan saja kerana bakal berduet dengan ‘sifu’ kami, single kedua ini memiliki kekuatan berbeza memandangkan kami gandakannya. 

“ Kalau Gong Nekara ramai yang kata susah nak hafal lirik, single terbaru ini lebih mudah diingat. Pendek kata, susunan kata tidaklah terlalu berat. Yang pasti, ia merupakan lagu Rap,” katanya.

Duo popular ini juga tidak menolak jika ada sebarang tawaran yang mahukan mereka menyanyi lagu balada tetapi dengan bersyarat.

“ Tiada masalah tetapi part rap tu kami ambil manakala part meleleh itu pula dinyanyikan oleh penyanyi berkenaan. Apa salahnya, kami nak juga mencuba,” akhiri mereka sambil ketawa.

Siapa agaknya eh ‘sifu’ yang dimaksudkan? Hurm…sama-sama kita tunggu. Single itu bakal ke udara berkemungkinan awal tahun depan. Tak sabarnya!

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 26 Jun 2022
Acara Fri, 26 Aug 2022
Featured Mon, 27 Feb 2023

“Tindakan Seorang Lelaki Yang Tidak Bermaruah” – Ceraikan Isteri Menggunakan Telefon, Ini Respons Puteri Sarah

‘Ambil anak dara orang cara baik, pulang pun cara baik’ – Puteri Sarah

Featured Tue, 17 Dec 2024
Featured Thu, 18 Jan 2024
Hiburan Mon, 10 Jun 2024
Featured Tue, 5 Oct 2021

“Buka Aib Sendiri, Content Mengundang Laknat..”- Ustaz Ini Perjelas Hukum Content Viral Tanpa Batas

Baru-baru ini, beberapa kes content viral melibatkan Youtuber yang membuat rakaman di tanah perkuburan membuatkan ramai yang berang. Bukan sahaja dilihat tidak menjaga sensitiviti, malah netizen mengkritik mereka tidak menggunakan akal fikiran yang waras dan hanya mengejar […]

error: Content is protected !!