Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri November 8, 2018 @ 10:00am

iOS 12 Sedia Dimuat Turun, Ini 10 Ciri Tersembunyi Yang Anda Boleh Nikmati

Berita baik untuk pengguna iPhone yang ternanti-nanti akan kedatangan iOS 12, sistem operasi itu kini sudah mula ditawarkan.

Sebagai pengganti kepada iOS 11, sudah tentu ia datang dengan beberapa penambahbaikan disamping memberikan prestasi terbaik kepada peranti Apple anda.

Selain pengenalan ciri utama seperti Memoji, dan memperbaiki notifikasi, iOS 12 juga mempunyai beberapa ciri tersembunyi yang boleh dinikmati pengguna.

Kredit foto: Jason Cipriani/CNET

1. Informasi bateri

Ia akan memaparkan graf yang memperlihatkan penggunaan aplikasi. Melaluinya anda boleh menilai aktiviti serta aplikasi mana yang menggunakan bateri secara berlebihan.

2. Daftar wajah alternatif untuk sistem imbasan

Kredit foto: Jason Cipriani/CNET

Sistem FaceID kadang-kala sukar untuk mengecam wajah dengan sempurna sekiranya anda memakai topi dan aksesori lain. Bagi memudahkan ia berfungsi dengan lebih baik, ciri Set Up an Alternate Appearance diperkenalkan.

Kredit foto: Jason Cipriani/CNET

3. Ciri Do Not Disturb boleh dijadualkan

Ciri ini sangat membantu jika anda tidak mahu diganggu namun ia perlu ditetapkan secara manual. Ini agak menyukarkan kerana mungkin anda terlupa untuk menyahaktifkannya semula dan terlepas notifikasi penting.

Kini, DND boleh dimatikan mengikut jadual yang telah anda tetapkan seperti tempoh masa atau selepas anda meninggalkan lokasi.

4. Sentuhan lama untuk tutup aplikasi

Kredit foto: Jason Cipriani/CNET

Bagi pengguna iPhone X, anda boleh sentuh lama pada aplikasi untuk mematikannya. Aktifkan paparan multitasking dan sapu keatas untuk matikan aplikasi.

Kredit foto: Jason Cipriani/CNET

5. Kemaskini sistem operasi secara automatik

Kemaskini iOS kini boleh dibuat secara automatik tanpa perlu pengesahan manual daripada pengguna. Pergi ke Settings > General > Software Updates > Automatic updates untuk tetapkannya.

Kredit foto: Jason Cipriani/CNET

6. Akses Control Center iPad seperti iPhone X

Cara skses Control Center iPhone X kini sudah menjengah ke iPad. Sapu kebawah dari atas kanan untuk mengaktifkannya.

7. Isi secara automatik kod pendek

Bagi yang menggunakan ciri pengesahan 2 faktor yang mana kod dihantar melalui SMS, sistem operasi terbaru ini bakal memudahkan proses pengisian kod.

Pintasan akan muncul pada atas papan kekunci apabila anda menerima kod itu. Sentuh pada pintasan, dan kod itu akan diisi secara automatik.

8. Pintasan pengimbas kod QR di dalam Control Center

Kredit foto: Jason Cipriani/CNET

Kebolehan mengimbas kod QR telah diberikan Apple sejak iOS 11 lagi dan terbaru ia boleh diakses dari Control Center. Pergi ke Settings > Control Center > Customize Controls dan kemudia sentuh butang hijau untuk tetapkannya.

9. Nyahaktif aksesori USB

Kredit foto: Jason Cipriani/CNET

Isu godam dan penggunaan alatan yang boleh mengakses iPhone melalui port USB membuatkan Apple membangunkan ciri ini. Ia akan melumpuhkan port Lightning pada peranti Apple selepas atau lebih sejam peranti itu dinyahkunci.

10. Camera tools dalam aplikasi Messages

Kredit foto: Jason Cipriani/CNET

Tidak banyak ciri baru yang dibawa aplikasi Messages pada iOS 12. Antara perubahan yang diberikan adalah ciri camera toolsuntuk rakaman foto dan video didalam aplikasi Messages.

Buka aplikasi Messages, dan tekan simbol bintang dikiri bawah untuk mengaktifkan camera tools tersebut.

Itulah beberapa ciri sampingan yang boleh anda dapati daripada kemaskini terabaru iOS 12. Anda sudah muat turun iOS12? Boleh kongsikan pengalaman setelah beberapa menggunakannya diruang komen.

Sumber: CNET

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 21 Aug 2018

You Might Want to Get Familiar with Your Samsung’s Emergency Mode

It’s a good function to use in case of any emergencies.

TECH Mon, 16 Sep 2019
Events Thu, 17 Nov 2022
TECH Sun, 23 Jun 2019

Cara Buat Pelekat Wajah Anda Sendiri Di WhatsApp

Anda boleh mencipta pelekat dengan wajah anda, ahli keluarga mahupun kenalan yang lain apa kata cuba langkah ini tengok berjaya ke tak?

TECH Thu, 26 Apr 2018

Baru Beli Komputer? Baca 6 Panduan Ini Untuk Setiap Port & Adapter Yang Ada

Panduan untuk tentang Port & Adapter di setiap komputer riba atau lebih dikenali ‘laptop’

TECH Tue, 15 Oct 2019

为何人到中年容易发福?

人到中年为何容易发福?这可能与脂肪组织中的「脂质周转」有关……

TECH Fri, 3 May 2019

Jangan Runsing Pilih Kedai Makan, ‘Popular Dishes’ Sedia Membantu!

‘Popular Dishes’ masih belum ditawarkan buat masa ini dan hanya boleh dinikmati melalui aplikasi Google Maps

TECH Tue, 14 Aug 2018

“Setting” Untuk Prestasi Terbaik Pada Windows 10

Cara memastikan laptop atau komputer anda dalam keadaan baik.Ternyata mudah dan senang.

TECH Mon, 16 Jul 2018

如何避免酒后乱性?佛系智能手环可解决问题

一般来讲,智能手环更多的是为了检测身体健康状况而开发的产品,而New Deal Design最近却开发除了一套全新功用的智能手环,竟然能避免酒后乱性?

TECH Fri, 6 Jul 2018

Cristiano Ronaldo Bakal Mempunyai Rancangan Realiti Sendiri Di Facebook

Demam Piala Dunia masih lagi menghantui peminat bola sepak di seluruh dunia ketika ini. Beberapa kejutan telah berlaku apabila terdapat beberapa pasukan pilihan yang tersingkir awal termasuklah pasukan yang diwakili oleh bintang Real Madrid, Cristiano […]

error: Content is protected !!