Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal April 26, 2018 @ 4:40am

Baru Beli Komputer? Baca 6 Panduan Ini Untuk Setiap Port & Adapter Yang Ada

Jika anda lihat di pasaran komputer atau komputer riba zaman sekarang, makin banyak komputer keluaran baru yang lebih canggih dilengkapi pelbagai fungsi hebat-hebat belaka. Malah, makin banyak penambahan port & adapter yang tak semua orang tahu fungsi-fungsi tertentunya…

Sesetengah orang mungkin suka fungsi dan port yang pelbagai, tapi ada pula jenis orang yang suka minimalkan penggunaan pada komputer riba mereka… Anda bagaimana?

Jika anda ada membeli salah satu komputer atau komputer riba edisi terkini, jangan pelik jika melihat sekeliling komputer anda. Banyakkan port & adapter yang anda tak berapa familiar? Jom kami kongsikan panduan beberapa port & adapter yang ada…

  1. 3.5mm Audio Jack

Juga dikenali sebagai headphone jack, port ini ada di hampir semua komputer, tablets atau telefon bimbit bagi menyambungkan pembesar suara dan fon telinga berwayar. Jika dulu, ada dua port audio untuk mic dan headphone, seiring perubahan zaman ia makin dikurangkan sehingga ada telefon pintar tanpa headphone jack!

Jika gajet anda tidak mempunyai 3.5mm jack, anda boleh mendapatkan peranti audio Bluetooth tanpa wayar atau adapter. Seperti Lightning to 3.5mm cable atau Lightning headset. Jika anda mempunyai peranti USB Type-C, dapatkan adapter Type-C to 3.5mm adapter atau fon telinga Type-C.

  1. Ethernet

Juga dikenali sebagai RJ-45, Gigabit Ethernet atau 10/100 Ethernet, ia banyak ditemui di komputer riba bisnes dan desktop. Port ini membolehkan anda menyambung secara terus rangkaian internet berwayar sementara anda mendapatkan sambungan lebih baik untuk Wi-Fi.

  1. Display Port/mini DisplayPort

Jika anda nampak port seakan USB seperti ini tetapi gagal untuk menyambungkan wayar USB, jangan terus cuba sambungkan sehingga rosak! Ini adalah DisplayPort, sambungan paparan paling canggih setakat ini. Ia berupaya memaparkan single monitor pada resolusi 4K dan 60 Hz atau sehingga 3 monitor pada resolusi HD dengan hub atau dock. Hebat kan?

Banyak komputer riba ada DisplayPort sama ada ia lebih kecil, menggunakan sambungan DisplayPort Mini atau menghantar signal DisplayPort menerusi port USB Type-C. Tapi, kebanyakkan monitor dan TV tidak mempunyai sambungan DisplayPort, anda boleh paparkan paparan dengan skrin HDMI-capable dengan wayar atau adapter yang boleh dibeli dari luar…

  1. USB Type-B

Biasa anda dengar USB Type-A dan Type-C… Tapi jarang dengar USB Type-B kan? Ada… Anda akan jumpa USB Type-B ni di hub, docking stations dan pencetak yang menggunakannya sebagai port input. Jangan cari di komputer pulak. Memang takkan jumpa!

Untuk peranti yang menggunakan USB Type-B, anda akan memerlukan wayar USB Type-A-to-Type-B yang mana biasanya datang sekali dalam pakej.

  1. USB 2.0 & USB 3.0

Perasan tak, komputer anda port USB berwarna putih dan biru? Apa bezanya?

Port USB berwarna putih seperti di atas ni, namanya USB 2.0. Ia mampu memindahkan data dengan kelajuan sehingga 480 Mbps dan ia adalah kelajuan normal dan boleh digunakan di kebanyakkan peranti setakat ini. USB 2.0 boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya Type-A (segi empat tepat), Type-B (segi empat sama), mini atau Micro USB. Jika di komputer, USB 2.0 biasanya menggunakan Type-A, tetapi tablets dan telefon bimbit menggunakan micro USB.

Yang berwarna biru ni pula, barulah USB 3.0 yang bagus untuk digunakan di external hard drives, SSDs dan high-res docking stations. Ia berupaya memindahkan data sehingga 5 Gbps, 10 kali lebih laju dari USB 2.0. Kebolehfungsi port USB 3.0 biasanya akan diselaraskan mengikut kesesuaian secara automatik dengan peranti dan kabel USB 2.0.

  1. Thunderbolt

Sambungan paling laju di pasaran setakat ini, Thunderbolt yang mampu memindahkan data sehingga 40 Gbps, 4 kali lebih laju dari sambungan USB paling laju (USB 3.1 gen 2). Sambungan high-speed ni juga boleh memaparkan paparan sehingga 2 monitor 4K pada masa yang sama kerana setiap port menyediakan dua signal DisplayPort.

Jadi, kenali setiap port dan adapter yang ada di komputer anda okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Nov 2024

Masih Mencari Cinta Sejati, Nadia Brian Anggap Lelaki Tak Tinggal Solat & Bertanggungjawab Seksi

Penat selalu menjadi pilihan kedua dalam hubungan, Nadia Brian mahu lelaki yang bertanggungjawab.

Featured Mon, 11 Sep 2023
Hiburan Wed, 24 Jul 2019

PU Riz Dah Ada ‘Teman’ Baharu?

Pada masa sama, saya juga kena utamakan tanggungjawab untuk perniagaan restoran.

Events Mon, 8 May 2023

Komen Status IG Watie, Netizen Bitter Dengan Shuib

Ada juga yang tak puas hati?? Korang ni🙃

Events Mon, 19 Feb 2024

“Saya Selalu Mimpi Anak-Anak Datang Peluk..” – Nadir Al-Nuri

Semoga Allah menjaga dan memelihara saudara kita di sana😥💔

Events Mon, 9 May 2022
Hiburan Mon, 2 Dec 2019
Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Tegur Suami Makin Kurus & Penampakan Baby Bump, Ini Respons Intan Najuwa

Fuh, serius Datuk makin kurus lah pandai Intan jaga😍 Baby bump tu kalau betul alhamdulillah.

Kes Mahkamah Fri, 8 Sep 2023
Featured Wed, 24 Nov 2021

Jaga-Jaga! Ops Sedar JPJ Untuk Pemantauan Insurans Kenderaan Bermula Hari Ini.

Bermula 24 November (Rabu), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bagi memantau penggunaan insurans perlindungan kenderaan bermotor. Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan Sekatan Jalan Raya (SJR) ini dibuat berdasarkan pemerhatian yang […]

error: Content is protected !!