Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida October 4, 2018 @ 7:15pm

TERKINI! Mayat Remaja Lemas AKHIRNYA Ditemui

Mayat remaja lelaki yang lemas di lombong Taman Putra Perdana di sini petang semalam berjaya ditemui kira-kira jam 6 petang tadi.

Mangsa, Mohd Ilham Fahmy, 17, ditemui beberapa meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh semalam.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana itu dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah lombong di Taman Putra Perdana.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor,  Penguasa Kanan Bomba I Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya tiba di lokasi berkenaan pada jam 5.50 petang selepas menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

Susulan kejadian, seramai enam anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut lemas ketika terlibat dalam dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa, malam semalam.

Anggota terbabit, Mohd Fatah Hashim, 34; Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32 ; Mazlan Omar Baki, 25 dan Yahya Ali, 24 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang.- BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 18 Jun 2020
Featured Thu, 26 Jun 2025
Featured Sat, 4 Feb 2023
Selebriti Sat, 18 Nov 2023
Hiburan Tue, 5 Mar 2024
Trending Tue, 26 Feb 2019

10张「让小孩完全听你话」的创意育儿技巧

小孩总是不听话?到底有哪些方法能让孩子完全听你话?

Featured Tue, 30 May 2023
Trending Tue, 24 Dec 2019

Netflix Released New TV Series ‘The Witcher’

Is this the new Game Of Thrones?

error: Content is protected !!