Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal September 24, 2018 @ 12:19pm

Tanah Runtuh Berganda Filipina Ragut 95 Nyawa

Angka kematian dalam dua insiden tanah runtuh besar-besaran yang melanda Filipina minggu lepas telah meningkat kepada 95 orang, kata pihak berkuasa.

Menurut agensi berita China Xinhua, setakat Ahad malam, pada pegawai berkata 49 mayat telah dikeluarkan dari runtuhan di pekan pelombongan Itogon, wilayah Benguet di utara Filipina.

Baki mayat selebihnya dikeluarkan dari kawasan tanah runtuh yang melanda komuniti di kaki sebuah tapak kuari di Naga City dalam wilayah tengah Cebu, Filipina.

Di Itogon, para pegawai berkata sekurang-kurangnya 19 orang masih hilang selepas lumpur dan bongkah batu besar menimpa sebuah bangunan tempat pekerja tidur yang menempatkan berpuluh-puluh pelombong berskala kecil dan keluarga mereka yang berlindung di situ selepas taufan super Mangkhut membadai Pulau Luzon pada 15 Sept.

Para penyelamat meneruskan usaha mereka untuk mengesan 40 orang yang masih hilang dalam insiden tanah runtuh di Naga City yang menimbus kira-kira 30 rumah pada pukul 6 pagi Khamis lepas.

Pegawai terbabit berkata terdapat hampir 200 kematian akibat taufan Mangkhut dan insiden tanah runtuh berganda yang melanda Filipina minggu lepas.

Hampir 1.6 juta petani dan komuniti nelayan terjejas akibat badaian Mangkhut, taufan terkuat yang melanda bukan sahaja Filipinan malah negara lain di rantau sama tahun ini.

Data menunjukkan bahawa 80 hingga 90 peratus tanaman padi dan jagung musnah di kawasan terjejas, bukan hanya menjejaskan bekalan makanan malah memberikan tekanan kepada petani miskin yang mengharapkan hasil tuaian mereka.

Mata pencarian lain seperti pelombongan turut terjejas teruk akibat badaian taufan itu.

Filipina adalah sebuah negara yang paling terdedah kepada bencana alam di dunia.

Setiap tahun, purata 20 siklon tropika melanda Filipina, menyaksikan enam atau tujuh daripadanya menyebabkan kerosakan yang ketara.

Pada 2013, taufan super Haiyan memusnahkan Filipina tengah dan meragut nyawa lebih 6,000 orang.

Pada 2009, taufan Ketsana telah menyebabkan banjir besar di Metro Manila dan meragut nyawa lebih 700 orang.

Sumber : BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Apr 2018

Tarian Alien Hijau Buat Dame Tu Cosita Tular, Caras Populariti Lagu Panama

Apa yang menariknya, selain irama yang menangkap, muzik video lagu Dame Tu Cosita turut mempamerkan aksi lucu alien berwarna hijau menari mengikut tempo.

Hiburan Tue, 20 May 2025
Featured Thu, 8 May 2025

Lanjut Tayangan Filem 6 Jilake Di Pawagam… Amerul Affendi Berpuas Hati: “Terima Kasih Memahami Penonton Kita”

Tindakannya itu bukan mahu menuding jari tetapi prihatin terhadap slot tayangan filem tempatan.

Featured Mon, 22 Dec 2025

“Kalau Anda Dapatkan Nasihat Daripada Coach Cerai, Nasihatnya Pun Akan Menjurus Kepada Perceraian” – Raja Ilya

Kata Ilya, dia mengingatkan pasangan suami isteri agar lebih berhati-hati dalam mendapatkan nasihat berkaitan rumah tangga.

Trending Mon, 7 May 2018

Snapchat ‘Turun Padang’ Banteras Salah Guna Media Sosial!

Ini bermakna Snapchat bakal menyertai aplikasi lain seperti Instagram dan rangkaian sosial Google+ serta laman sosial pelopor dalam kumpulan itu iaitu YouTube, Microsoft, Twitter dan Facebook dalam ‘kod tata laku’ untuk melihat kandungan yang mencurigakan dalam masa 24 jam dan mengeluarkannya.

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Ustaz Kazim Elias Masih Lemah, Belum Mulakan Aktiviti Ceramah

kemunculan Ustaz Kazim dalam sesi siaran langsung baru-baru ini adalah atas komitmen menyampaikan taklimat.

Featured Fri, 6 Dec 2024

Ketengah Muzik Dari Generasi Berbeza! Hattan, Hazama & Black Bergabung Di Pentas Sama… Hangatkan Konsert Hitam Manis Februari Depan

Konsert Hitam Manis bakal sajikan persembahan istimewa dari 3 figura hebat. Dapatkan tiket segera!

error: Content is protected !!