Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: Salma Syahbuddin October 6, 2018 @ 3:00pm

Buat Pencinta Alam Semulajadi, Ini Laluan Terbaru Awana Bio Park Hanya Di Resorts World Genting!

Menjadi satu lagi sebab tambahan untuk berkunjung ke Awana, para pengunjung kini berpeluang untuk mendalami ekosistem hutan yang lengkap. Dengan pengenalan tiga laluan jalan hutan baru dan juga usaha untuk memulihara tumbuh-tumbuhan periuk dan buluh di Awana Bio Park, hutan hujan tropika yang sudah berusia lebih dari 130 juta tahun dan juga kaya dengan biodiversity tersebut menggalakkan para pencinta alam untuk datang melawat dan meneroka keajaiban ekologi di sana yang jaraknya hanya 15 minit berjalan dari hotel.

Pengurus Besar Awana Hotel, Encik Isaaz Ishak Yunus berkata, Awana Bio Park juga merupakan usaha Resorts World Genting untuk meningkatkan kesedaran mengenai betapa pentingnya biodiversity. 

” Dalam proses membangunkan resort tersebut, hanya 4% yang digunakan daripada kawasan sekeliling untuk proses pembangunan, ini demi menjaga keindahan hutan hujan itu, dan ini juga merupakan langkah seterusnya daripada usaha tersebut. Kami percaya bahawa hutan tersebut boleh memupuk minat para pengunjung terhadap alam semulajadi, lebih-lebih lagi melalui pengalaman-pengalaman yang kami tawarkan kepada mereka, seperti tersedianya barcode yang boleh diimbas, lalu muncullah informasi dan fakta-fakta menarik mengenai tumbuh-tumbuhan yang ada.” Katanya

Terdapat tiga laluan terbaru yang menawarkan lima jenis pengembaraan yang boleh diadakan di hutan-hutan Genting Highlands, kesemuanya bakal mendedahkan aspek yang berbeza daripada hutan tersebut.

Awana Bio Park

  1. Hutan Wifi

Hutan Wi-Fi bersama Shinrin Yoku merupakan pengalaman mendalam yang menggabungkan konsep Shinrin Yoku, iaitu penghargaan hutan secara kontemplatif dari Jepun bersama penggunaan aplikasi smartphone secara strategik untuk mendedahkan lagi kekayaan biodiversity hutan hujan tersebut.

 

      2. The Experience

The Experience pula menggalakkan anda untuk menjadi lebih berani kerana anda perlu menuruni papan yang diletak pada sudut 55 darjah menggunakan tali yang disediakan, hanya untuk menikmati keindahan hutan itu dari sebuah sudut yang berbeza. Apabila senja menjelma, mereka yang berani dan penuh dengan rasa ingin tahu boleh meneroka ke dalam kegelapan untuk menimba pengalaman di waktu malam melalui sesi Pencarian Malam (Night Herping).

 

     3. Night Herping

Dan, apabila senja menjelma mereka yang berani dan penuh dengan rasa ingin tahu boleh meneroka ke dalam kegelapan untuk menimba pengalaman di waktu malam melalui sesi Pencarian Malam (Night Herping). Wow!

 

Organisasi-organisasi lain seperti Universiti Malaya, Birdlife dan juga Persatuan Pencinta Alam turut terlibat dalam projek ini demi mengkaji haiwan-haiwan liar di hutan, dalam masa yang sama juga pihak resort bekerjasama dengan Semai Orang Asli untuk mempromosikan karya kraftangan asli dan meningkatkan kesedaran tentang peranan buluh dalam pembuatan makanan tradisional.

Kesemua jejak diselia oleh pembimbing pakar alam semulajadi yang bekerja mengikut temu janji dengan yuran RM75 seorang untuk Jejak Pemuliharaan (Conservation Trail), RM95 seorang untuk Hutan Herba (Herb Forest) dan RM135 seorang untuk Jejak Biodiversity (Biodiversity Trail). Setiap kumpulan dibenarkan mempunyai 3 orang ahli sahaja bagi setiap laluan yang disediakan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Jun 2022

Bekas Diplomat & Anak Mengaku Tidak Bersalah Tanam 102 Pokok Ganja

Jika disabit kesalahan kedua-dua tertuduh akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan enam kali sebatan.

Featured Tue, 25 Jul 2023

Aina Abdul Perjelas Spekulasi Kos Busana ABPBH 35 Didakwa Bernilai RM50,000

Kos anggaran sekadar puluhan ribu sahaja 😲😲😲

Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Selepas Ashraf Muslim, Giliran Shamsul Ghau-Ghau Berangkat Tunai Haji

Menurut Syarifah Azrinah, suaminya dijangka pulang ke tanah air pada 1 September ini dan sebelum ini menunaikan umrah dua kali setahun.

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Anzalna Nasir Bakal Jadi Ibu, Tahniah!

Alhamdulillah…penantian Anzalna dan Hanif akhirnya terjawab. Syukur!

Hiburan Sun, 9 Sep 2018

Shuib Makin Ligat Jual Madu, Produk Jana RM 5.5 Juta Tak Sampai Setahun

Saya mungkin masih baru dalam dunia perniagaan madu. Saya amat berterima kasih kepada rakan kongsi, Badrul dan Shikin kerana menjadi tulang belakang yang positif.

Featured Wed, 4 Jun 2025
Hiburan Fri, 27 Apr 2018

Farah Nabilah Kesian Pada Teman Lelaki?

Walau bagaimanapun. Farah tidak pernah berdendam dengan bekas kekasihnya kerana berada dalam kelompok rakan yang sama.

Featured Thu, 2 Jun 2022
error: Content is protected !!