Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 11, 2018 @ 1:00pm

Nak Luah Dekat Crush Tapi Malu? Mungkin Boleh Try Pakai Single Terbaru Aqeesh Aleeya Ni!

Penyanyi remaja meningkat naik, Aqeesh Aleeya kini tampil dengan single ‘Aku Malu’, baru-baru ini. Memang catchy lagunya! 

Muzik video juara pertandingan bakat dalam talian Bakat Ohsem Malaysia (BOM) anjuran hurr.tv ini juga telah dilancarkan. 

Video muzik ‘Aku Malu’ menampilkan Aqeesh bersama naib juara BOM Nasty Rock Crew dalam klip yang ceria, lincah dan penuh tenaga.

Lagu ini mengisahkan tentang situasi seorang gadis yang jatuh cinta dalam diam kepada seseorang yang diminati. 

Perasaan suka terhadap individu itu pula semakin lama semakin menebal. Walaupun begitu, gadis berkenaan malu untuk meluahkannya, agak-agak apa akan jadi di pengakhirannya? 

Bukan itu saja, anda juga boleh melihat di sebalik tabir pembikinan lagu ‘Aku Malu’ di program khas berjudul ‘Aqeesh’ di aplikasi telefon pintar, laman web dan saluran YouTube hurr.tv.

Lagu ciptaan komposer DJ Fuzz dengan lirik oleh Hez Hazmi ini secara rasmi dilancarkan pada 4 Jun 2018 dan telah berada di beberapa platform digital antaranya iTunes, Spotify, Apple Music, Yonder Music, KKBox dan Joox.

Menurut Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly, “Lagu ‘Aku Malu’ ini adalah satu karya yang saya pasti akan menarik perhatian pendengar dengan irama pop dance yang ditampilkan.

“ Konsep lagu ini juga amat sesuai dengan karakter Aqeesh yang sememangnya lincah dan bertenaga. 

“ Kami juga amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan komposer serta penulis lirik berbakat DJ Fuzz dan Hez Hazmi.” katanya.

Untuk mengikuti perkembangan terkini Aqeesh di media sosial, ikuti beliau di Instagram @aqeeshaleeya dan Facebook www.facebook.com/aqeesh.aleeya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Nov 2024
Hiburan Wed, 18 Mar 2026

Man Kidal Lega Dapat Tunai Hasrat Arwah Sahabat, Lancar Lagu ‘Aspirasi Raya’

Man Kidal meluahkan kelegaan apabila berjaya menunaikan hasrat arwah sahabatnya, Kidat dengan menerbitkan lagu raya berjudul Aspirasi Raya.

LIFESTYLE Fri, 6 Jul 2018

Had Umur Mengundi Wajar Turun – Syed Saddiq

Di negara-negara berkenaan, umur 17 atau 18 tahun sudah layak mengundi dan ia sudah mulakan sejak 1960-an lagi. Jadi kenapa di Malaysia (ada yang) berpendapat anak muda tak tahu (apa) dan melabelkan mereka ini golongan ‘WeChat’ sahaja.

Hiburan Tue, 19 Dec 2023

Rahsiakan Perkahwinan? Michelle Yeoh Akhirnya Tunai Janji Kepada Ibu, Adakan Majlis Resepsi Di Ipoh

Gembira betul Datin Janet dapat rai perkahwinan anak tersayang🥰

Hiburan Thu, 8 Jan 2026

Video Pentas Konsert Di Stadium Tersebar, Siti Nurhaliza Pesan Peminat Jangan Buat Penilaian Awal

Siti Nurhaliza menjelaskan tindakan tersebut boleh mengundang kekeliruan

error: Content is protected !!