Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 17, 2018 @ 8:30pm

13 Tahun Menunggu, AKHIRNYA Gol & Gincu Vol 2 Ke Layar Perak!

Dengan nafas segar serta barisan pelakon baru, Gol & Gincu Vol 2 sedikit berbeza daripada siri pertama dahulu.

Menurut pengarah Gol & Gincu Vol 2, Umi Salwana Umar turut mengaku tanggungjawab mengarah filem ini tidak begitu mudah.

“ Impak yang diterima untuk Gol & Gincu beberapa tahun lalu amat besar dalam kalangan remaja.

“ Seiring masa, remaja-remaja pada zaman berkenaan pun dah meningkat usia. Di sini cabaran saya bermula iaitu perlu mengekalkan dan mengulangi kejayaan seperti Gol & Gincu terdahulu,” katanya di sidang media filem berkenaan di TGV Sunway Putra Mall, hari ini.

Masih dengan tema persahabatan dan memperkasakan wanita, Umi memberitahu filem ini merupakan suara generasi masa kini

“ Saya percaya ramai di luar sana yang sering tertanya-tanya bila agaknya Gol & Gincu nak buat kesinabungan.

“ Penantian selama 13 tahun akhirnya berakhir. Namun saya sedar harapan mereka juga besar agar sehebat filem Gol & Gincu terdahulu. 

“ Saya amat berterima kasih kepada teraju utama iaitu Diana Danielle dan Ummi Nazeera yang amat berdedikasi dalam projek kali ini. Mereka begitu komited memberikan yang terbaik dalam menjayakan watak mereka sebaiknya,” katanya.

Gol & Gincu 2 mengisahkan pertembungan krisis identiti berbeza diangkat dalam filem ini. Turut memaparkan kisah pelajar universiti yang terlalu mementingkan diri sendiri. Paling menarik, filem ini menampilkan isu penggunaan sosial media yang serius dalam kalangan generasi muda.

Bermula 25 Oktober ini, jom ke pawagam berdekatan yuk!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Ibu Mawi Meninggal Dunia

Berita sedih ini dikongsi kepada pengikut mereka menerusi laman Instagram radio Zayan.

Hiburan Wed, 12 Jul 2023

Sebaknya! Caprice Bantu Bakal Atlet Negara Dari Keluarga Miskin Raih Perhatian, Siap Buat ‘Surprise’ Tan Boon Heong Lagi!

Min pun sebak, moga Caprice dan keluarga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki💖

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Setahun Bergelar Isteri, Laudya Cynthia Bella Sangat Bahagia

Pelakon berusia 30 tahun ini mengaku harus mengutamakan suami sebelum melakukan sebarang keputusan.

Featured Mon, 19 Sep 2022
Featured Thu, 30 Mar 2023
Hiburan Tue, 23 Jan 2018

Kena Tahan Reman Lagi!

Siapa pula kali ini kena tahan reman sekali lagi ?

Featured Fri, 15 Oct 2021

“Takkanlah Stop Tengok Hometown Cha Cha Cha, Hilang Semua Masalah?” – Syed Saddiq Respons Isu K-Drama Didakwa Jadi Punca Masalah Remaja

Sebelum ini, timbul isu yang dibangkitkan oleh Senator Mohd Apandi Mohamad ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara pada Rabu. Menurutnya, pengaruh drama korea (K-Drama) dalam kalangan remaja hari ini menjadi salah satu […]

error: Content is protected !!