Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops March 12, 2020 @ 8:43am

Pipi bulat dan tembam macam pau? Jom buat senaman kuruskan muka ini

Memiliki bentuk muka dan pipi kurus serta runcing menjadi dambaan setiap wanita. Tidak dinafikan, ada juga segelintir yang begitu taksub untuk mengecilkan muka sehingga sanggup melakukan pembedahan plastik.

senaman muka kurus dan pipi tembam

Kredit gambar: iDiva

Jangan membazir wang kerana selain badan, wajah juga mempunyai teknik senaman tertentu yang boleh dilakukan untuk mendapatkan muka yang kurus dan runcing. Jom lakukan sahaja teknik dan senaman mudah dan berkesan ini.

1. Jika sebelum ini kita selalu fikir belon hanya untuk kanak-kanak, tapi selepas ini kita pasti menukar persepsi berkenaan. Ambil belon dan tiup sehingga kembang dan kemudian kempiskan serta tiup lagi.

senaman muka kurus dan pipi tembam

Kredit gambar: US News Health

2. Mengunyah gula-gula getah adalah senaman yang sering dilakukan untuk meniruskan bentuk muka. Lakukan rutin ini selama 20 minit setiap dua kali sehari. Tapi, pilihlah gula-gula getah tanpa gula.

3. Praktis menyebut huruf A E I O U setiap pagi dan malam sebanyak 40 kali. Lakukan secara konsisten untuk melihat hasil yang efektif.

4. Senaman X-O juga antara senaman yang popular untuk memiliki muka yang lebih runcing. Sebut huruf X dan O sehingga membentuk sebuah gerakan membuka dan menutup mulut.

senaman kurus muka

Kredit gambar: Free Malaysia Today

5. Tutup mulut dan kembungkan pipi selama lima minit dan diulangi sebanyak lima kali terbukti sebagai teknik mengecilkan pipi tembam secara alami yang efektif.

6. Berkumur mampu mengecilkan pipi dan muka. Berkumurlah selama seminit setiap dua kali sehari selepas menggosok gigi. Jika tidak gosok gigi, anda juga boleh berpura-pura kumur dengan menggerakkan pipi ke kiri selama 10 saat dan bertukar ke pipi kanan selama 10 saat. Lakukan sebanyak lima kali dan tambahkan kelajuan berkumur itu.

senaman kuruskan muka dan pipi tembam

Kredit gambar: Women.com

7. Kebanyakan selebriti Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.

8. Cara ini mungkin membuatkan orang sekeliling berasa pelik dan menganggap anda gila kerana tersenyum seorang diri. Jangan risau dan malu, anda boleh lakukan teknik senaman ini di rumah atau di tempat yang tiada orang.

senaman muka kurus dan pipi tembam

Kredit gambar: The Hills Dental Spa

Senyum lebar sambil mulut tertutup rapat dan tahan selama 15 saat. Kembali ke wajah asal dan kemudian senyum lebar dengan memperlihatkan gigi selama 15 saat dan ulangi langkah ini berulang kali.

9. Bentukkan bibir seperti huruf O atau muncung itik beberapa saat dan kemudian lepaskan perlahan-lahan serta senyum selebar-lebarnya. Lakukan langkah ini beberapa kali.

senaman muka kurus dan pipi tembam

Kredit gambar: The Brunette Diaries

10. Sedut pipi ke dalam dan buat seperti wajah ikan. Tahan posisi ini selama 15 saat dan ulangi beberapa kali. Teknik yang dipanggil ‘smiling fish’ itu merupakan gerakan senaman wajah yang efektif untuk mengecilkan pipi dan muka.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Fri, 29 Mar 2019

These are the nutrient women need as they grow older

In their 20s, 30s, 40s, 50s and beyond.

Featured Wed, 24 Jun 2026

Kakak Umisya Mazlan Throwback Isu Kontroversi, Kongsi Hikmah Di Sebalik Ujian – “Ada Doa Yang Allah Simpan Jawapannya” 

Nadia mencuri perhatian selepas berkongsi semula hantaran yang ditulisnya pada tahun lalu ketika adiknya itu berdepan isu kontroversi melibatakn hubungan diantara suaminya dan Marissa Dania.

Featured Wed, 12 Nov 2025

Mickey Ayo Join Trend Lagu Kacamata Afgan, Komen Nora Danish Raih Perhatian

ejaka yang dikenali sebagai Mickey Ayo sekali lagi mencuri perhatian selepas video pendek miliknya dimuat naik menerusi platform TikTok.

Featured Tue, 17 Sep 2019

Kimono daripada tali pinggang keledar, bukan saja cantik tapi genius!

Gabungan Biji Biji x T Syahmi memang luar biasa!

Eat Travel Wed, 5 Sep 2018

Terbayang-Bayang Sotong Celup Tepung Pok Nong, Rasa Nak Pergi Terengganu Sekarang Juga!

Sebelum menghala pulang ke Kuala Lumpur, singgah sebentar di Warung Pok Nong.

Featured Sun, 5 Jun 2022
Featured Mon, 3 May 2021

Majlis Tahnik Timbulkan Banyak Persoalan, Siti Nurhaliza & Datuk K Mohon Maaf

Berikutan tular majlis tahnik anak kedua mereka, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa hari ini membuat permohonan maaf sekiranya penganjuran majlis tahnik anak lelaki mereka, Muhammad Afwa pada […]

error: Content is protected !!