Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 26, 2018 @ 11:48am

PAW Patrol Live Di Istana Budaya 29 November- 2 Disember 2018

Wohoo! Pementasan” Nickelodeon’s PAW Patrol Live! “The Great Pirate Adventure” akan bermula 29 November hingga 2 Disember ini.

Bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur, Nickelodeon Asia bersama Shiraz Projects Sdn Bhd, TEG Life Like Touring dan VStar Entertainment membawakan pementasan penuh aksi dan muzikal dengan menampilkan watak-watak dari siri animasi popular Nickelodeon yang diterbitkan oleh Spin Master Entertainment. 

Pementasan ini akan berlangsung selama 1 jam 30 minit termasuk dua ‘acts’ dan ‘intermission’, dengan menggabungkan pendekatan kostum yang inovatif untuk membantu membawa watak-watak PAW Patrol ke panggung, berserta kenderaan dan pengembaraan hebat mereka.

Dalam Patrol PAW Live! “The Great Pirate Adventure”, Datuk Bandar Goodway mendapatkan segala bentuk kapal untuk menyambut perayaan besar Pirate Day di Adventure Bay. Apabila Cap’n Turbot jatuh ke dalam gua yang gelap dan misterius, PAW Patrol datang untuk menyelamatkan! Chase, Marshall, Rubble, Skye, Rocky dan Zuma menyelamatkan Cap’n Turbot dan menemui peta harta karun lanun rahsia yang membawa mereka ke pengembaraan epik. 

Di daratan  dan di lautan, PAW Patrol mencari harta karun untuk Datuk Bandar Goodway supaya sambutan dapat diteruskan. Perkara menjadi rumit apabila Datuk Bandar Humdinger pula mahu mencari harta karun untuk Foggy Bottom.

Saksikan bagaimana pelayaran PAW Patrol untuk misi kali ini. Tiada yang terlalu sukar untuk lanun kecil ini selesaikan.

Tiket untuk melihat karakter-karakter  yang memulakan pelayaran bertema bajak laut ini telah mula dijual pada hari Rabu, 10 Oktober 2018 dan boleh didapati di www.myticket.asia

Tarikh            : Khamis 29 November hingga Ahad 2 Disember 2018

Masa              :  11.00 pagi, 3.00 petang, 6.00 petang

Venue             :  Istana Budaya, Kuala Lumpur

Laman web    :  www.pawpatrollive.my

Harga Tiket    :  RM305 (Diamond), RM245 (Platinum), RM195 (Gold), RM155 (Silver), RM95 (Bronze) Restricted view

Tiket                :  www.myticket.asia

Talian Tiket     :  03 8605 0195

Talian Info       :  012 256 0082

Facebook         :  @PAWPatrolLive

Para peminat boleh melayari www.pawpatrollive.my untuk jadual pementasan dan jualan tiket.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Jan 2023

Rindu Suasana Makkah, Syafiqah Aina Dedah Penting Rakaman Video Biarpun Sibuk Beribadah

Usahawan serta pempengaruh, Syafiqah Aina mengakui betapa penting merekod video dalam mengabadikan momen terindah untuk diingati. @syafiqahainaofficialBila tengok balik video yg ada masyaAllah, mengalir air mata sbb terlalu rindu. Orang cakap “tkpayahla buat video, focus […]

Hiburan Tue, 7 Jan 2020

South Korean Heart-Throb Jo Jung Suk And Singer Gummy To Be Expecting Their First Child

Looking at his/her parents, the baby will definitely be a very adorable one.

Featured Sat, 11 Sep 2021

BPR Rayuan, BPR Fasa 3 Dan BKC Disalurkan Berterusan Sehingga Akhir Tahun

Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan secara berterusan sehingga akhir tahun kepada rakyat menerusi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah  Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan tunai yang disediakan kerajaan kepada hampir […]

Hiburan Fri, 31 Mar 2023
Featured Tue, 2 Nov 2021

Pemandu Lelaki Maut Ketika Membuat Cubaan Memotong Lori Balak

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terlanggar belakang sebuah lori balak dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer (KM) 357.5 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 pada Ahad. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah […]

Hiburan Mon, 2 Sep 2019

Cinta Utuh ‘The Rock’

nampak je ganas tapi dalam hati ada taman…

Events Sun, 23 Feb 2020
error: Content is protected !!