Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 26, 2018 @ 8:42pm

Jom Intip Waktu Tidur Selebriti Terkenal Hollywood

Gaya hidup memberi impak terhadap tahap kesihatan kita. Selain menjaga bab pemakanan, waktu tidur juga perlu diambil-kira. Ramai daripada kita tidak sedar waktu tidur tidak berkualiti boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti angin ahmar, kegagalan jantung, diabetes dan buah pinggang. Gangguan lain termasuk kegagalan jantung, asma dan apnea tidur atau gangguan pernafasan sewaktu tidur. 

Bagaimana pula dengan rutin bintang terkenal Hollywood? Memiliki rumah besar dan cukup selesa pastinya membuatkan mereka suka menghabiskan masa di kamar tidur. Betul ke? Jom ‘intai’ rahsia waktu tidur mereka! 

Tidur merupakan satu hal yang penting bagi diva terkenal Mariah Carey. Penyanyi yang baru sahaja selesai mengadakan konsert di Kuala Lumpur baru-baru ini dilaporkan perlu mendapatkan tidur 15 jam sehari. Wow, patutlah nampak awet muda, tidur cukup rupanya. 

Pengacara Oprah Winfrey pula tidur sekitar lima jam sahaja. Difahamkan, dia tidur pada jam 2 pagi dan bangun pada jam 7 pagi. Oh, beliau juga bangun pada waktu yang sama di hujung minggu tau! Sumber: https://www.mydomaine.com/oprah-winfrey-sleep-doctor

 

Pelakon filem Lone Survivor, Mark Wahlberg pula gemar tidur awal. Seawal 7.30 pm dan bangun pada 2.30 am. Lebih menarik, beliau mengambil sarapan pada jam 3.15 am. Awal kan? Sumber: https://metro.co.uk/2018/09/12/mark-wahlberg-wakes-up-at-2-30am-every-day-so-he-has-enough-time-to-work-out-7935699/

Pelakon Jennifer Aniston pula tidak kisah tidur jam berapa tetapi beliau tetap akan bangun pada jam 4.30 pagi. Beliau juga dilaporkan berdepan dengan masalah Insomnia sejak beberapa tahun lalu. 

Sumber: https://www.eonline.com/news/607786/jennifer-aniston-reveals-struggle-with-insomnia-am-i-going-to-die-young

Menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Amerika Syarikat, sudah tentu jadual harian beliau sangat padat, Donald Trump dilaporkan hanya tidur untuk tempoh tiga-empat jam saja pada hari SELASA. Kadang-kadang satu jam, bergantung pada acara dan keadaan yang perlu dihadiri. Trump juga pernah mengaku beliau bukan individu yang suka tidur. 

Sumber: https://www.businessinsider.my/some-people-only-need-a-few-hours-of-sleep-2016-12/?r=US&IR=T

Sumber: Detik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Feb 2024

“Rasanya Lebih Baik Bertanya Kepada Mereka”- Misya Akhirnya Buka Mulut Isu Aslam, Marissa Kahwin Di Thailand

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Moga Misya terus kuat!

Featured Tue, 12 Oct 2021

“Ini Impian Arwah Masa Hidup”- Ibu Tiri Teruskan Legasi Perniagaan Siti Sarah

Kerinduan kepada mereka yang telah tiada pastinya tidak pernah akan dapat ditanggung. Kehilangan penyanyi Siti Sarah Raissuddin meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka yang pernah mengenali allahyarham. Walaupun sudah dua bulan pemergiannya, peninggalan legasi perniagaan […]

Hiburan Wed, 28 Nov 2018

Ramai Penduduk Indonesia Belajar Bahasa Isyarat Lepas Tonton Muzik Video DIA

Akui Anji, dia turut mengikuti kelas belajar bahasa isyarat selama beberapa bulan untuk mendalami golongan bisu dan pekak.

Featured Sat, 11 Dec 2021
Events Sun, 11 Nov 2018

Konsert Lazada 11.11 Super Show Gempak Habis!

Overall, memang happening tau. Thank you Lazada! 

Featured Wed, 7 Dec 2022
error: Content is protected !!