Trending By: SGMS Faida November 7, 2018 @ 12:24pm

Terbaiklah! Mat Redho Harumkan Nama Negara Di Perth

Juara program Fear Factor Malaysia Mohd Redha Rozlan mengharumkan nama negara selepas menjuarai Ninja Challenge League (NCL) 2018 di Perth, Australia.

Lebih dikenali sebagai Mat Redho, jejaka berusia 30 tahun ini menewaskan 95 peserta lain yang turut berada dalam pertandingan itu.

Lebih menarik, Mat Redho berjaya menamatkan cabaran peringkat akhir dalam masa lima minit tiga belas saat sahaja. Hebat! 

Meskipun tidak menjangka dirinya menjuarai program berkenaan, pakar teknologi maklumat ini mengalahkan peserta Jake Murray (di tempat kedua) dengan perbezaan 10 saat.

Lebih membanggakan, Mat Redho merupakan satu-satu peserta yang berjaya menghabiskan kesemua cabaran peringkat akhir di mana Murray tidak berjaya membolosinya.

“ Alhamdulillah, setakat ini sahaja yang saya mampu. Terima kasih kepada isteri yang selalu teman dan jerit sambil dukung anak kami.

“ Terima kasih atas penganjuran acara hebat ini dan saya pasti akan sertai lagi pada tahun depan,” katanya.

NCL merupakan pertandingan kejuaraan terbuka terdiri daripada tiga peringkat cabaran berbeza.  

Setiap peserta harus melepasi peringkat awal untuk bolos ke peringkat akhir dan kesemua cabaran ekstrem perlu dihabiskan dalam waktu paling singkat bagi menentukan juara.

Tahniah Mat Redho, terbaiklah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Jan 2023
Trending Fri, 27 Nov 2020
Featured Tue, 28 Mar 2023
Trending Tue, 4 Dec 2018

Wow! Jumpa Motor Semula Dengan Bantuan GPS Tracker?

Ekoran daripada GPS Tracker yang dipasang di motor lelaki ini, lambakan kenderaan lain turut dijumpai di tempat kejadian.