Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 9, 2018 @ 11:42am

Raja Mukhriz Bengang 7ujuh Jadi Mangsa Muat Turun Haram

Pengarah 7ujuh Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin memohon orang ramai tidak memuat turun karyanya secara haram.

Menerusi laman Instagramnya, Mukhriz memohon pihak tidak bertanggungjawab ini menghormati harta intelek orang lain.

“ 7ujuh di hari kedua, Terima kasih atas sambutan pada hari pertama dan diharap lebih baik dari semalam.

“ Keluhan kami adalah supaya kita sama-sama menonton di pawagam dan bukan menonton di halaman yang merompak seperti media sosial.

“ Hormatilah harta intelek kami,” rayunya.

Dalam masa sama, Mukhriz berharap penonton terus menyokong filem bergenre seram ini di pawagam.

“ Semoga kalian ke panggung hari ini untuk tayangan hari kedua di lebih kurang 70 lebih buah panggung. Harta intelek juga bukan lah semudah sembang di kedai kopi dan selesai lalu kau cancel dan kau ambik lalu kau bikin macam harta mak bapak engkau.

“ Semudah telefon dan lambong ayat “aku tak jadi buat tapi aku ambik idea engkau ya bro” aku percaya engkau dan rakan rakan engkau sama species semua ke laut,” akhirinya.

Filem 7ujuh turut menjadi mangsa muat turun haram di media sosial, baru-baru ini. 

7ujuh terbitan Primeworks Studios sudah berada di pawagam seluruh negara bermula semalam. Ayuh support karya tempatan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 6 Sep 2022
Featured Fri, 30 May 2025

Maryam Durian Kimchi Dikritik Pakai Baju Ketat, Ryzal Ibrahim Terbuka Terima Teguran

Kritikan yang diterima dianggap sebagai ada betulnya.

Featured Fri, 5 Nov 2021

Dendam Penunggu Bawa Mesej Tentang Anti-Buli

Dendam Penunggu merupakan filem original pertama dibawah tonton CINEMA mengisahkan tentang lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya yang menemukan rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Pada masa yang sama, pelajar-pelajar ini juga menghadapi […]

Hiburan Sat, 14 Jun 2025

Demam Disko Kembali! Konsert ‘Saturday Night Celebrating Bee Gees’ Bakal Gegarkan KL Selama 2 Malam

Saturday Night Celebrating Bee Gees bakal gegar Zepp KL pada 31 Julai dan 1 Ogos 2025.

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

SEBENARNYA LAGU QODY, BUKAN  BLACK!

Namun, terdapat beberapa masalah teknikal ketika lagu OST ini hendak dihantar kepada pihak produksi

LIFESTYLE Thu, 19 Sep 2019
Trending Hari Ini Tue, 28 Apr 2020
error: Content is protected !!