Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 22, 2018 @ 11:29am

CFU Bongkar Kisah ‘Ditikam’ Rakan Sendiri Dalam Single Ku Takkan Menyerah

Usahawan terkenal, Dato Seri Dr Muhamad Ruslan Shah atau lebih popular dengan panggilan CFU DMS kini tampil dengan single berjudul ‘ Ku Takkan Menyerah’ ciptaan bersama Adi 6ixth Sense.

Menurut pengasas produk kecantikan DMS 360 ini, lagu bergenre pop rock ini dihasilkan sebagai pemangkin untuk pendengar di luar sana yang pernah atau sedang berdepan dengan kejatuhan dalam hidup.

“ Selepas setahun berehat, saya sudah bersedia untuk kembali aktif dalam dunia perniagaan dan nyanyian. Sebelum ini saya berdepan saat sukar apabila ditikam rakan-rakan dalam dunia perniagaan.

“ Bayangkan saya ajar dan bentuk mereka dari zero sehingga mereka menjadi hero, lebih kurang lima ke enam tahun juga. Akhirnya mereka lari tinggalkan saya. Terduduk jugalah saya dibuatnya.

“ Sesiapa yang pernah berada di tempat seperti saya pasti tahu bagaimana sedihnya. Saya ambil masa setahun untuk kembali bangkit,” katanya kepada xtra.com.

Dalam masa sama, CFU DMS memberitahu beliau telah memberikan hampir seratus biji kereta mewah dan akhirnya lesap begitu sahaja.

“ Mereka dapat kereta mereka lari, itu yang membuatkan saya betul-betul kecewa,” katanya ringkas.

Tambah CFU, lirik lagu ‘Ku Takkan Menyerah’ ini berdasarkan kisah benar tentang dirinya dan bukanlah rekaan semata.

Muzik video lagu ini turut menampilkan pelakon Zarina Zainoordin yang memegang watak sebagai isteri CFU.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jul 2024
Hiburan Tue, 18 Jun 2019

Kerap Buat Perkongsian, Altimet Mengaku Lebih Mahir Berkomunikasi

Dalam perkembangan lain, Altimet  kini sibuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Hiburan Fri, 21 Feb 2025
Hiburan Sat, 26 Oct 2019
Hiburan Tue, 3 Mar 2020

Timang Cahaya Mata Kedua, Tahniah Buat Hafiz Suip!

Tahniah di atas kelahiran cahaya mata yang kedua ini!

Hiburan Sat, 11 May 2019
Hiburan Sat, 9 Dec 2017

Tahniah Buat Tauke Selamat Bernikah

Tauke Selamat Bernikah Dengan Pilihan Hatinya selepas mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015.

error: Content is protected !!