Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 26, 2024 @ 6:42pm

Lalui Pahit Getir Jadi Ibu Tunggal, Rita Rudaini Sentiasa Nasihat Anak-Anak Erti Kebahagiaan Walau Keluarga Tak Lengkap – “Ada Masa Nyawa-Nyawa Ikan
”

Pelakon sensasi, Rita Rudaini menganggap kehadiran kedua-dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13 membuatkan kehidupannya berubah.

Dalam perkongsian di Instagram, Rita berkata dia melalui pahit getir kehidupan sepanjang membesarkan dua anak lelakinya itu sehingga tiga tahun tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

“Dulu masa belum ada dua lelaki ini saya kerja back to back sebab bosan di rumah sorang-sorang. Sejak ada mereka, hidup saya totally berubah.

“Saya kerja sebulan dan dua tiga bulan, saya akan rest untuk luangkan masa dengan mereka.

“Saya kena pandai bahagikan masa utk mereka kerana masa kecil mereka tidak akan datang kembali… saya kena berkorban…

“Ye..saya seorang yang tanggung mereka, segala-galabya. Pedih, suka, duka saya rempuh saja. Pernah tiga tahun hilang perkerjaan sbb PKP.

“Segala yang terbaik saya nak untuk anak-anak saya. Saya korbankan life saya, keinginan saya hanya untuk anak-anak, susah payah saya berbaloi bila dapat bagi pendidikan yang terbaik dan selesa untuk anak-anak,” tulisnya.

Dalam pada itu, aktres filem Mami Jarum ini sering memberi semangat dan memujuk anak-anaknya mengatakan meskipun keluarga mereka tidak lengkap, tetapi boleh bahagia dengan cara mereka.

“Saya tak pernah merasa masuk sekolah swasta (private), apa salahnya tengok anak-anak merasa.

“Walaupun ada fasa nyawa-nyawa ikan, tapi saya rempuh juga dan percaya Allah sentiasa bersama.

“Saya selalu pegang kata-kata ni dalam hati aaya ‘Insya-Allah, Allah akan permudahkan. Ada org yang lagi susah dari kita…

“Kata-kata ni jugak selalu saya cakap pada anak-anak, saya cakap pada mereka ‘walaupun family kita tak complete macam orang lain, tapi kita boleh bahagia cara kita,” tulisnya lagi.

Di akhir perkongsian itu, Rita berkata dia sudah lama mengetepikan kisah hidupnya kerana mengutakan kebahagiaan anak-anaknya terlebih dahulu.

“Ibu tunggal, single parent mom macam saya ni tau la bila kali terakhir perkaraan penat dan letih keluar dari mulut dan bila kali terakhir menangis kepenatan.

“Saya dah lama kisah hal diri saya kerana sekarang adalah kisah mereka.. hanya yang terbaik selagi saya mampu.

“Doakan mommy sentiasa kuat seorang diri selagi kamu ada, melihat kamu membesar depan mata dah cukup bahagian seluruh hidup,” tulisnya lagi.

Rita rudaini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan semangat kepada ibu anak dua ini.

Artikel Berkaitan: Peminat Tanya Aidil Zafuan Tak Pernah Tengok Anak? Ini Respons Rita Rudaini: “Tak Payah Berangan Nak Datang, Jumpa Di Padang Mahsyar”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Wow! Barisan Penyanyi Popular Di Konsert Jelajah DYXY 2018

Bukan hanya pelajar, jenama ini juga membantu suri rumah dan ibu tunggal untuk menjana pendapat mencecah ribuan ringgit setiap bulan. Saya juga tak sabar untuk berjumpa dengan pengunjung serta peminat di konsert itu nanti

Featured Wed, 29 Mar 2023
Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Featured Wed, 16 Nov 2022
Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Tahniah! Shila Amzah Kini Bergelar Isteri

Selamat Pengantin Baru Shila dan Haris, semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Amin…

Featured Sat, 19 Mar 2022
Featured Mon, 20 Nov 2023
Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Kapsyen Nadzmi Adhwa Untuk Ardell Aryana Buat Ramai Netizen Bersemut

Nadzmi Adhwa sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila sekali lagi video berdurasi kurang daripada 1 minit itu beserta dengan caption yang pastinya membuat semua peminat dan followers beliau cair.

error: Content is protected !!