Euforia Bola 2026
familuv By: Shaidah Shafie April 29, 2020 @ 10:24pm

Ketahui 4 cara menyantuni ibu baru bersalin ketika PKP

Wanita mana yang tidak gembira apabila mendapat tahu sahabat baik atau saudara terdekatnya menerima ahli keluarga baharu, lebih-lebih jika si kecil yang ditunggu itu adalah cahaya mata pertama atau cucu sulung dalam keluarga.

Pastinya ramai teringin menjenguk ibu dan si kecil yang baru dilahirkan itu, namun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sukar untuk mengunjungi sahabat berkenaan.

Bagi si ibu pula pastinya ada perasaan sedih atau tertekan kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan berkenaan bersama-sama rakan atau taulan yang selama ini turut ternanti-nanti kelahiran si kecil.

Bertanya khabarlah melalui telefon, itupun sudah cukup melegakan si ibu yang baharu mendapat cahaya mata – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Pakar pediatrik yang berpangkalan di California, Dr Tanya Altman, berkata ahli keluarga terdekat perlu memahami norma baharu membabitkan prosedur bersalin ketika PKP bagi memudahkan mereka membantu wanita yang baru bersalin.

“Bersalin dan mengendalikan bayi ketika tempoh sukar ini adalah sesuatu yang sangat berbeza sama sekali kerana ia sudah mengubah hidup cara hidup kita dalam sekelip mata.

“Prosedur di hospital juga berbeza kerana mungkin ibu yang baru bersalin tidak boleh ditemani pasangan masing-masing yang sebelum ini sudah dirancang,” katanya ketika ditemu bual oleh sebuah portal antarabangsa.

Hantar hadiah seperti baju bayi kepada ibu baharu beralin juga boleh memberi kelegaan kepadanya – gambar hiasan. Foto: NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman.

Dr Tanya berkata, keadaan mungkin menjadi lebih sukar bagi ibu terbabit apabila bayi dibenarkan keluar hospital lebih awal dan dibawa pulang oleh ahli keluarga, sedang dirinya masih berada di katil hospital menahan sakit tanpa ada sesiapa di sisi.

Sehubungan itu, sebagai rakan, ada empat perkara yang boleh dilakukan bagi memberi kelegaan kepada si ibu.

1. Hubungi secara berkala tanpa mengharapkan balasan agar dia tahu anda mengambil berat mengenainya yang sedang menanggung sakit akibat bersalin. Tidak bertemu secara berhadapan pun tidak mengapa, asalkan dia tahu dia sentiasa berada dalam ingatan anda.

2. Selalu bertanya sekiranya ibu berkenaan memerlukan sebarang maklumat. Jika dia memerlukan bantuan, tawarkan untuk menolong mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Maklumat berkenaan mungkin mengenai penyusuan atau mengendalikan bayi yang baru lahir.

Jambangan bunga juga boleh menggembirakan ibu dalam pantang – gambar hiasan. Foto: NSTP.

3. Hantarkan hadiah bersesuaian untuk dia yang masih berada di dalam pantang. Mungkin anda boleh hantar set bersalin atau berpantang kepadanya. Boleh juga menghadiahi ibu terbabit set pakaian bayi yang comel mengikut jantina si kecil.

4. Selitkan kad ucapan jika mahu dia berasa lebih gembira. Selain menghantar hadiah, selitkan kad ucapan dengan kata-kata positif seperti anda tidak sabar untuk bertemunya dan si kecil yang baru dilahirkan. Tentunya dia akan berasa gembira dengan kejutan hadian daripada anda

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 10 May 2025

[VIDEO] Pengurus Spill Perangai Sebenar Fattah Amin -“Dia Tak Suka Bergaduh & Barang Berjenama”

Sakirin Shak tampil mendedahkan perangai rakannya itu yang dianggap sangat sederhana.

Featured Sun, 4 Dec 2022
Featured Tue, 28 Dec 2021

“Saya Sedih Tengok Mesin Basuh, Peti Sejuk Dibuang” – Lelaki Ini Kongsi Cara Baik Pulih Barang Elektronik Yang Rosak Akibat Banjir

Seorang pengguna TikTok dengan nama pengguna @sayazuhri telah berkongsi cara untuk membaiki peti sejuk di akaun TikTok miliknya. Menerusi video yang dimuat naik, lelaki itu meluahkan rasa sedih apabila dia melawat ke kawasan yang terjejas […]

Featured Tue, 3 Dec 2024

Michael Ang Tempelak Pasangan Pempengaruh ‘Gaduh’ Di Media Sosial – “Apa Punya B*doh Manusia, Macam Budak-Budak”

Pelakon dan pengarah Michael Ang menegur tindakan pasangan pempengaruh yang bertindak berbalah di media sosial.

Featured Tue, 25 Nov 2025

Luahan Cik B Pada Video DSV Undang Sebak, Leona Tampil Titip Kata Semangat – “You Are Perfect As You Are…”

Cik B sentuh hati ramai selepas memuat naik kapsyen ringkas pada video tersebut.

Featured Fri, 31 Mar 2023
Featured Fri, 19 Nov 2021

Pelajar Perempuan Dipercayai Terjun Bangunan Sekolah Lepas Duduki Peperiksaan

Seorang pelajar berumur 17 tahun ditemui cedera akibat dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan di sebuah sekolah di Kulai, Johor pada Selasa. Memetik laporan BERNAMA, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata remaja […]

error: Content is protected !!