Hiburan By: SGMS Faida November 30, 2018 @ 6:03pm

Konsert Duo Dinamik Dapat Pujian, Tomok & Black Contoh Terbaik Penyanyi ‘From Zero To Hero’

Gandingan dua figura hebat, penyanyi Tomok dan Black berjaya membuktikan penantian mereka sekian lama untuk berada di pentas Dewan Filharmonik Petronas ternyata berbaloi.

Bak menonton persembahan santai di pentas berprestij, perjalanan konsert Duo Dinamik sangat menghiburkan.

Kemunculan Black dengan lagu Mana Mungkin membuatkan penonton bersorak teruja mendengar lantunan vokal penyanyi berusia 31 tahun itu.

“ Sepuluh tahun bergelar penyanyi, rasa macam tak percaya dapat berdiri di atas pentas ini menyanyikan lagu-lagu hits saya buat anda. Maklumlah, selalu menyanyi di pentas AJL sahaja,” katanya sambil menyelitkan jenaka.

Pada malam itu juga, Black membuat kejutan buat ibu tersayang dengan menyampaikan lagu Kau Pergi Tanpa Relaku sebelum meneruskan lagu Sofea Jane.

Tanpa melengahkan masa, Tomok atau nama sebenarnya  Shah Indrawan Ismail mengambil alih pentas dengan rangkaian lagu yang pernah menjadikannya penyanyi fenomena suatu masa dahulu.

Memulakan persembahan dengan lagu Cuba-Cuba, Hiasan Di Laman Rindu, Khilaf dan Qyiam, hampir keseluruhan penonton di dalam DFP seolah terleka dengan buaian lagu-lagu nostalgia.

“ Rasa macam kembali ke tahun 1999 pula pada malam ini. Masih ingat ketika di zaman New Boyz sedang popular, saya pernah berdepan dengan insiden lucu apabila van yang kami naik hampir terbalik kerana diserbu peminat. Saya percaya ada di antara peminat yang ada pada waktu itu berada dalam dewan ini. Betul tak?,” katanya disambut sorakan peminat wanita di situ.

Sementara itu, Tomok sempat berpesan kepada penonton yang hadir untuk terus percaya kepada angan-angan. Akui Tomok, siapa sangka dia yang merupakan budak Flat Sri Kota, Cheras mampu menghiburkan peminat di pentas berprestij itu.

Keterujaan penonton begitu ketara ketika Tomok mendendangkan lagu Meraung dan Sejarah Mungkin Berulang. Dengan nyanyian beramai-ramai ketika dua lagu ini dipersembahkan, rasanya seperti dalam karaoke pula! 

Pasangan duo ini turut berduet lagu medley Norkia, Dewi Aleeya sebelum menutup persembahan dengan single terbaru mereka berjudul, Rempuh.

Untuk pengetahuan, konsert Tomok VS Black adalah antara persembahan bagi menghangatkan ulang tahun ke-20 Orkestra

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Tahniah! Comelnya Baby Keempat Pasangan Pelakon Ini

Kata pelakon dan pengusaha hotel butik, Fauzi Nawawi, Lisdawati sepatutnya melahirkan pada 20 Julai lalu tetapi terlewat beberapa hari.

Featured Thu, 21 Apr 2022

Warga OKU Malaysia Dihukum Gantung 27 April Ini Di Singapura

Semoga ahli keluarga mangsa tabah dan kuat..

Events Mon, 18 Apr 2022

#JusticeForBella: Rina Harun Sedia Menghadap TMJ

Sejak kes perbicaraan terhadap pengabaian dan penderaan adik Bella mendapat respon daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,  ramai pihak turut mendesak agar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun […]

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Peminat Sanggup Beratur Demi Harman Studio!

Selamat Datang Harman Studio Ke Malaysia!

Hiburan Thu, 18 Jul 2019

Aisyah Aziz Lebih Layak?

Korang rasa siapa lagi layak?

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

吉隆坡电视剧节增中文奖项!快来给你喜欢的剧投票~

第6届《吉隆坡电视剧节》颁奖典礼新增最受欢迎中文电视剧奖项!