Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 5, 2018 @ 12:32pm

Sebak Bawa Lagu Bisa Pertama, Izzmad Harun Terkenang ‘Adik Syurga’ Di Kampung

Penyanyi Izzmad Harun mengaku dirinya tidak mampu menahan sebak setiap kali menyanyikan single terbarunya berjudul, Bisa Pertama.

Izzmad ketika ditemui di majlis pelancaran single Bisa Pertama di Hotel Ibis KLCC memberitahu biarpun ini merupakan single ke 11, dia berdepan dengan pengalaman berbeza.

“ Lirik lagu Bisa Pertama menceritakan kisah kekasih yang ditinggalkan. Dalam situasi berbeza, saya pula terpaksa meninggalkan adik kesayangan yang cukup ‘istimewa’ di hati kami sekeluarga.

“ Biarpun sudah berusia 19 tahun, adik bongsu saya telah menjalani pembedahan di kepala sebanyak 48 kali sebelum ini. Kerana terlalu banyak pembedahan, dia pernah terlantar baring sehingga tidak kenal ahli keluarganya lagi. Situasi ini cukup sebak bagi kami sekeluarga.

“ Saya tinggalkannya di kampung halaman keluarga di Teluk Intan, Perak. Sedih dalam hati sedihnya Allah s.w.t sahaja yang tahu bagaimana perasaan meninggalkan adik syurga saya ini,” katanya kepada xtra.com.

Walau bagaimanapun, Izzmad tahu adik kesayangannya itu mengerti penghijrahannya ke Kuala Lumpur dengan satu niat iaitu untuk mengubah nasib.

“ Walaupun dia tidak mampu bertutur, saya tahu adik syurga sentiasa mendoakan kejayaan abangnya. Itu yang membuatkan saya cukup sebak setiap kali menyanyikan lagu Bisa Pertama,” katanya.

Single Bisa Pertama mendapat sentuhan komposer Bayeng Black manakala susunan muzik daripada Hadi Hassan.

Dalam perkembangan lain, Izzmad juga bakal berlakon dalam sebuah drama tidak lama lagi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 2 Dec 2018
Featured Sun, 28 Aug 2022

Bimbang Penonton Bosan, Anna Jobling Sedia Bergerak Solo Tanpa Meerqeen

Anna Jobling ingin digandingkan bersama orang lain?

Featured Wed, 24 Jul 2024

Didakwa Langgar Kontrak, Armani Entertainment Tuntut Michael Ang Bayar RM 500,00

Banyakk tuu RM 500,000. Semoga selesai dengan baik lah ye

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Masya Masyitah Akui Punyai Kekuatan Vokalnya Tersendiri

Kalau nak tahu sedap ke tak suara Masya Masyitah ni, jangan lupa dengar lagu Halimunan okay!

Hiburan Thu, 22 Jun 2023
error: Content is protected !!