Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin December 9, 2018 @ 8:36pm

Betul Ke Pasya Dan Zaim ‘Anak Emas’ Mentor 7?

Menyaksikan persembahan kedua-dua protégé ini berentap di pentas Mentor 7 setiap minggu  pastinya ramai yang menjangkakan kedua-dua anak muda ini antara favourite juri tetap dan juga juri awam selain peminat tegar program tersebut.

Protégé kepada Aizat Amdan dan Siti Nordiana ini bukan sahaja sering memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu malah, keunikan vocal yang dimiliki dan peningkatan dari segi persembahan serta keyakinan yang dimiliki ketika berada di atas pentas antara salah satu faktor kenapa mereka digelar sebagai ‘anak emas’.

Melihat Pasya yang jelas memiliki keunikan dari segi vokal ketika menyampaikan lagu Aku Mau pada minggu pertama konsert #Mentor7 seolah-olah memberi ‘hint’ mentor kali ini seperti sudah ada juaranya tetapi belum diumumkan sahaja.

Dan, selain Pasya,  protégé kepada Siti Nordiana juga khabarnya dikatakan pesaing kepada protégé Aizat Amdan. Suara husky, watak yang bersahaja, pendiam namun memiliki ‘spark’ ketika berada di atas pentas antara punca kenapa Zaim sering mendapat komen positif dan standing ovation daripada Mummy, Mas Idayu.

Namun, khabar angin mengatakan juara mentor 7 seperti sudah dapat dihidu memandangkan lagu-lagu yang diberikan kepada mereka berdua setiap minggu sangat bersesuaian dan menepati vokal masing-masing jika dibandingkan dengan protégé-protégé yang lain. Betul ke?

Tapi korang perasaan tak, bagaimana pula dengan perasaan protege-protege lain seperti Megat, Lazarul, Ranisha, dan Azmirul apabila Pasya dan Zaim menjadi peserta pilihan? Kesian jugak kan kat mereka ni, kalau nak katakan persembahan mereka kurang baik, Ranisha sendiri dilihat sering memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu.

Atau, adakah ini salah satu taktik pihak produksi memilih lagu popular dan sesuai dengan kualiti vokal yang dimiliki oleh kedua-dua protege ini? Apa kata korang?

Mungkin korang kat luar sana ada pilihan lagu untuk mencabar protege #mentor7 kali ni, kalau ada bolehlah tinggalkan komen korang kat ruangan yang disediakan kat bawah okay!

Jadi, teruskan menonton konsert #mentor7 malam malam ini, pada jam 9 malam hanya di TV3 menerusi LIVE TV kami di www.xtra.com.my atau boleh tengok di Youtube TV3Malaysia Official.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 16 Mar 2024

Rakaman CCTV Kantoikan Marissa Dania… Abby Kongsi Kronologi Anak Nikah Di Thailand

Sebak pula tengok Abby Abadi ni. Da cukup dah dia bagi didikan agama kat anak-anak.

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

Jom Sertai Pertandingan Drama Pendek DFKL 2019!

Pelbagai genre drama pendek yang berkualiti telah diterima sehingga kini, oleh itu kami menyeru kepada semua sutradara muda di luar sana untuk menunjukkan bakat mereka dalam menghasilkan drama-drama pendek ini sebelum 1 Mac 2019.

Hiburan Sat, 10 Jun 2023
Hiburan Fri, 16 Aug 2019
error: Content is protected !!