Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Fadzlena Jafar June 3, 2020 @ 5:12pm

Betty Rahmad kesal tidak beri vaksin Influenza kepada bayinya

Pengalaman terlantar di hospital bersama-sama anaknya akibat jangkitan Influenza A pada hujung 2019 membuatkan selebriti terkenal, Betty Rahmad kesal kerana tidak mengambil vaksin influenza untuk keluarganya.

Lebih-lebih lagi ketika itu, anaknya, Ardy Wira Ardy Shafiq baru berusia 11 bulan. Ibu mana yang tidak sedih melihat keadaan si kecil yang lesu dan tidak selesa sepanjang masa.

Perkongsian pelakon yang juga usahawan itu pada 30 Disember 2019 mendapat maklum balas kebanyakan rakan selebriti yang mendoakan Ardy Wira cepat sembuh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum semua doakan my baby @ardywira_ cepat sihat from Influenza A. So sad to end 2019 this way. Doakan for us ok & please take care guys! ❤️???? #30122019

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

“Assalamualaikum semua, doakan bayi saya cepat sihat daripada Influenza A. Agak sedih mengakhiri 2019 dengan cara ni. Doakan kami dan jaga diri baik-baik kawan-kawan semua,” tulisnya yang ketika itu baru pulang dari Singapura.

Berdasarkan pengalamannya itu, Betty mengambil inisiatif mengadakan sesi bual bicara bertajuk Pencegahan Influenza ketika COVID-19 menerusi laman sosial Instagram dengan pakar paeditarik, Dr Salehuddin Samsudin.

Dr Salehuddin berkata, setiap ibu bapa wajar memandang serius jangkitan influenza kerana penyakit seperti Influenza A dan Influenza B sangat mudah berjangkit.

“Influeza ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit dan dalam kes tertentu, kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan serius dan memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Oleh itu, cara terbaik bagi mencegah jangkitan penyakit ini hanya melalui vaksin kerana pengambilan vaksin dapat mengelakkan komplikasi termasuk radang paru-paru,” katanya.

Selesema dan influenza mempunyai gejala yang sama sehingga menyebabkan ramai yang menganggap mereka hanya diserang selesema biasa.

Bagaimanapun, lazimnya kedua-dua penyakit itu akan menyebabkan masalah pernafasan, namun influenza lebih serius sehingga boleh memudaratkan pesakitnya terutama apabila menyerang paru-paru dan menyebabkan komplikasi lain.

Sehubungan itu, Dr Salehuddin berkata, setiap ibu bapa digalakkan untuk membantu si kecil membina sistem imun yang lebih kuat termasuk dengan memastikan si kecil mengikut jadual imunisasi yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kita perlu memastikan bayi diberi imunisasi sejak dilahirkan untuk ‘mengajar sistem imun’ seseorang itu untuk melawan penyakit, lebih-lebih lagi bayi yang berumur kurang daripada enam bulan, sistem imun masih tidak begitu kuat.

“Bagi ibu yang hamil, jika mengambil vaksin influenza, anak dalam kandungan juga dilindungi. Tetapi selepas berumur enam bulan, si kecil perlu diberi vaksin bagi dirinya sendiri seperti yang disarankan KKM,” katanya.

Berikan suntikan vaksin Influenza kepada anak anda selepas bayi berumur enam bulan. (Gambar hiasan daripada Instagram @bettyrahmad)

Setiap tahun, terdapat perubahan vaksin yang dipengaruhi hemisfera utara dan selatan disebabkan perubahan virus, namun di Malaysia musim influenza berlaku sepanjang tahun.

Dr Sallehuddin berkata, ketika penularan COVID-19 ini ibu bapa jjuga digalakkan untuk memberikan anak-anak mereka vaksin influenza yang boleh meningkatkan sistem imun golongan berisiko khususnya kanak-kanak.

“Vaksin influenza adalah vaksin yang paling selamat dan yang penting, ia juga halal. Komplikasi akibat vaksinasi influenza juga jarang berlaku. Mungkin hanya tempat yang disuntik terasa sakit sedikit.

“Oleh itu, saya sarankan kepada orang ramai supaya jangan berlengah mengambil vaksin inluenza. Pergi ke hospital ikut jadual dan teruskan vaksinasi anda sebab vaksinasi ini ada jadualnya,” katanya.

Ketika ini, terdapat dua jenis vaksin influenza iaitu kuadrivalen (quadrivalent) dan trivalen, namun sebaik-baiknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Kedua-dua vaksin itu boleh didapati dari harga kira-kira RM60 ke atas dan perlu diambil dua kali buat kali pertama bagi si kecil, dan kemudiannya setahun sekali.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Dec 2021

“Saya Tidak Tahu Pun” – Pelakon 17 Tahun Ini Jawab Isu Berlakon Dalam Drama Aplikasi G*y

Baru-baru ini, laman Twitter dikejutkan dengan isu pelakon tempatan, Danish Iskandar berlakon dalam drama bersiri mempromosikan hubungan sejenis berjudul Stay Away From Me. Malah, apa yang lebih merisaukan netizen adalah pelakon terbabit merupakan remaja bawah […]

Featured Mon, 30 Dec 2024

Shuib Mengamuk! Dedah Wajah Individu Tipu RM1 Juta Atas ‘Tiket’ Kawan – “Kau Tipu Aku Dengan Cara Paling Cilak*!”

‘Cara kau tipu aku memang kau jenis tak ada hati perut punya manusia’ -Shuib

Featured Wed, 12 Oct 2022

MK K-Clique Berlatih Jadi Pengantin, Netizen Tawar Diri Jadi Isteri

Siapa lah yang bertuah dapat jadi suri hati MK ni kan?

familuv Fri, 5 Jul 2019

Setiap keluarga perlu ada selimut ini di rumah

Mampu memperlahankan penyebaran api

Featured Sun, 4 Dec 2022
Featured Thu, 2 Apr 2026

“Memanglah 2 Insan Bercinta Bunyinya Indah Belaka, Realitinya Macam Makan Jering” – Fazley Yaakob

Datuk Fazley Yaakob meluahkan pandangan peribadinya berkaitan realiti hubungan melibatkan ibu atau bapa tunggal yang disifatkan bukanlah semudah yang disangka.

Featured Wed, 15 Apr 2020

Cuci telefon bimbit untuk kurangkan risiko jangkitan COVID-19

Awas! Virus boleh berpindah ke permukaan telefon

Acara Wed, 18 Jul 2018

Filem Pulang Menggabungkan Sejarah Malaya Dengan Kisah Cinta Agung

Wow! Dua elemen hebat! Mesti tengok di pawagam!

error: Content is protected !!