Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal December 12, 2018 @ 10:58am

5 Jenis Cili Paling Pedas Berapi Masuk Rekod Dunia

Yang mana antara korang suka sangat makan pedas tu? Bawah ini antara jenis-jenis cili dikatakan terpedas di dunia sampai boleh terbakar lidah katanya.

Berani ke nak cuba?  Kalau makan maggi pedas pun dah menangsi, ni nak makan cili hidup-hidup macam tu je?

Untuk pengetahuan korang, tahap kepedasan cili dikenali dengan istilah Scoffield Heat Unit (SHU). SHU menunjukkan jumlah capsaicin (zat kimia yang menimbulkan rasa pedas dalam tumbuhan) pada cili.

Bacaan untuk cili padi Malaysia ini katanya hanya lebih kurang 100,000 ke 250,000 SHU je. Jom kita tengok bacaan cili-cili terpedas dunia ni daripada bawah sehingga paling tinggi levelnya.

#5 Bhut Jolokia – SHU 1, 041, 427

Bhut Jolokia memiliki nama lain Ghost Pepper. Ia sempat memegang gelar cili terpedas di dunia dari Guiness World Records pada tahun 2007.  Cili dari India ini memiliki rasa 400 kali lebih pedas dari saus Tabasco.

#4. Infinity Chili – SHU 1, 067, 286 

Ia menggantikan posisi Bhut Jolokia sebabagi cili terpedas dunia Guiness World Records pada Februari 2011. Sayangnya, ia hanya sempat memegang gelaran ini selama dua minggu.

#3 Trinidad Moruga Scorpion – SHU 1, 200, 000 ++

Salah satu cili terpedas dengan catatan SHU tertinggi adalah Moruga Scorpion (Capiscum chinense). Ia berasal dari Trinidad dan Tobago.

#2 Naga Viper – SHU 1, 382, 118

#1 Carolina Reaper – SHU 1, 569, 300 ++

Ya, inilah cili terpedas dengan bentuk yang paling buruk, Carolina Reaper.  Jika memakannya, maka korang akan merasakan kepedasan lima ratus kali lipat melebihi sos Tabasco. Dari namanya saja dah tahu bukan cili ini berasal dari mana? Rockhill, South Carolina. Reaper rasmi menyandang gelaran cili terpedas dunia dari Guiness World Records pada 7 Ogos 2013 sehingga kini.

Sumber: National Geographic

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Apr 2020
Trending Hari Ini Wed, 3 Jun 2020
Featured Mon, 17 Apr 2023
Featured Fri, 2 Sep 2022

“Sejarah Akan Berulang Kalau Tidak Dijaga” – Fikry Ibrahim Idam Watak Pahlawan Negara

Fuhh mesti best kan kalau Fikry berlakon watak pahlawan 😍

LIFESTYLE Wed, 10 Apr 2019

你是容易怀念过去的人吗?

回忆总是美好~你,是容易怀念过去的人吗?

error: Content is protected !!